MotoE: 18 Jentera Terbakar, Aksi Pembukaan Di Jerez Akan Dibatalkan?

Saingan sulung kejuaraan MotoE, yang dirancang akan bermula pada Mei ini mungkin terpaksa ditangguhkan apabila 18 jentera motosikal elektrik hangus dijilat api dalam insiden kebakaran di Litar Jerez, Sepanyol, malam tadi.

Kebakaran tersebut tercetus dibahagian garaj sementara yang menempatkan kesemua 18 jentera Energica Eco yang diijadualkan untuk melalui sesi ujian kedua.

MotoE – yang dijadualkan untuk berlangsung di  Jerez sebelum meneruskan aksi di Le Mans, Sachsenring, Red Bull Ring dan Misano – kini kesuntukan masa dalam percubaan untuk menghidupkan semula kesemua 18 jentera dan infrastruktur yang hangus dalam kebakaran.

Difahamkan, segala peralatan pasukan termasuk laptop dan kit pelumba telah hangus sama sekali namun tiada sebarang individu yang cedera dalam insiden terbabit.

Dengan hanya tempoh kurang enam minggu sebelum pembukaan tirai perlumbaan, Energica dilihat tidak akan sempat dalam menghasilkan kesemua 18 jentera sekaligus mencetuskan tanda tanya sama ada pusingan pertama di Jerez akan diteruskan.

Siri ujian kedua berlangsung semalam di Jerez dengan pelumba Brazil, Eric Granado mencatat masa terpantas dengan 1 minit 48.984 saat, mengatasi masa dicatat Bradley Smith November tahun lalu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.