Tunggangan Tahunan Kali Ke-4 Harley-Davidson Sportster Malaysia

  • Seperti yang telah dijanjikan oleh Harley-Davidson Petaling Jaya sewaktu pelancaran mereka, akan ada pelbagai aktiviti serta tunggangan yang akan dijalankan.
  • Selain daripada tunggangan Harley Owners Group Petaling Jaya yang telah diadakan pada bulan lalu, kumpulan Sportster Malaysia telah mengadakan Tunggangan Tahunan kali ke-4 mereka pada hari ini.
  • Harley-Davidson Petaling Jaya telah mengalukan kemunculan semula kumpulan Sportster Malaysia.

30 Mac 2018, Petaling Jaya – Tunggangan Tahunan Ke-4 Sportster Malaysia bermula dengan hebat pada hari ini.

Seperti yang telah dijanjikan oleh wakil pengedar baru, Harley-Davidson Petaling Jaya (HDPJ) sewaktu pelancaran rasmi mereka, Tunggangan Tahunan Ke-4 Sportster Malaysia adalah salah satu dari pelbagai aktiviti yang akan dijalankan untuk pemilik Harley. Bermula dari sini, akan ada lebih banyak tunggangan yang lebih mencabar di masa yang akan datang.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelancaran rasmi wakil pengedar Harley-Davidson Petaling Jaya, tekan pautannya di bawah

Harley-Davidson Petaling Jaya Dibuka Secara Rasmi

Tunggangan ini bermula di wakil pengedar Harley-Davidson Petaling Jaya (HDPJ). Lebih kurang 35 orang penunggang yang menaiki 30 buah motosikal berkumpul di The Gasket Alley dari jam 7.30 pagi. HDPJ telah menyediakan sarapan dan minuman ringan buat penunggang sementara menanti bermulanya tunggangan tersebut.

Satu taklimat keselamatan telah diadakan setelah selesai bersarapan, di mana para peserta telah diberi penerangan mengenai teknik menunggang dengan selamat dalam sesebuah konvoi, seperti jarak, tunggangan dalam formasi, isyarat tangan, dan tatatertib di atas jalan raya. Mereka juga telah diterangkan mengenai laluan yang akan diambil serta tempat isian semula bahanapi, dengan tumpuan diberikan kepada motosikal dengan tangki yang lebih kecil (8 liter). Konvoi ini akan menunggang melalui bandar seperti Batu Pahat dalam perjalanan mereka menuju destinasi mereka, iaitu Hotel Mutiara di Johor Bahru.

Tunggangan bermula pada jam 9.30 pagi, di mana motosikal yang lebih besar memimpin konvoi berkenaan.

Tungganglah dengan selamat, tuan-tuan dan puan-puan!

GALERI GAMBAR

Tunggangan Pertama HOG Petaling Jaya

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply