Ducati Hypermotard Baharu Bagi Tahun 2019?

Ducati mungkin sekali akan merombak semula motosikal Hypermotard bagi tahun 2019. Ia pasti akan tampil sedia untuk piawaian emisi Euro5 yang akan dikuatkuasa bermula tahun 2020. Walaupun masih belum disahkan lagi, sudah ada desas desus mengatakan yang enjin baharunya akan dilengkapi dengan DVT (Desmodromic Variable Timing).

Konvoi “Explore the Unexplored” Modenas Dominar

Modenas telah menganjurkan satu konvoi “Explore the Unexplored” Dominar bagi membolehkan para penunggang Dominar D400 merasai sendiri kehebatan elemen sport-tourer jentera tersebut. Tunggangan pertama ini adalah dari Kuala Lumpur menuju Ipoh. Konvoi ini telah berhenti di beberapa buah tempat tarikan ramai bagi membolehkan para penunggang untuk menangkap gambar bagi projek #motography.

Penunggang Solo Mengelilingi Dunia Paling Muda Henry Crew Kini Berada Di Malaysia

Penunggang solo mengelilingi dunia, Henry Crew, kini sudah separuh jalan dalam perjalanannya untuk mencipta Rekod Dunia Guinness yang baharu sebagai penunggang paling muda mengelilingi dunia. Menunggang motosikal Ducati Desert Slednya, dia telah pun merentasi 18 buah negara dalam masa empat bulan yang lalu dan kini telah tiba di Malaysia. Henry Crew juga sedang dalam usaha…

Kerajaan Batalkan Saman AES

Kerajaan akan membatalkan 3.1 juta saman AES (Automated Enforcement System). Keputusan ini seiringan dengan pengambilalihan operasi AES oleh Jabatan Pengangkutan Jalan bermula 1 September 2018. Menteri Pengangkutan Anthony Loke menekankan yang ini adalah tawaran sekali sahaja.

Max Biaggi Dilantik Sebagai Duta Global Aprilia

Max Biaggi telah memenangi lima daripada enam kejuaraan dunianya dengan Aprilia. Juga dikenali dengan gelaran “The Roman Emperor”, dia merupakan salah seorang penunggang yang telah menjulang jenama tersebut, ke tahap yang lebih tinggi berbanding dengan mana-mana penunggang yang lain. Dan oleh kerana itu, jenama dari Itali tersebut telah melantiknya sebagai Duta Global mereka.