Pasukan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Sertai FIM Enel MotoE

  • Siri perlumbaan FIM Enel MotoE World Cup yang diadakan julung kalinya buat motosikal elektrik akan bermula pada tahun 2019.
  • Para penunggang akan menunggang motosikal elektrik Energica.
  • Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan menampilkan seorang penunggang.

Siri Perlumbaan GP motosikal elektrik FIM Enel MotoE yang julang kalinya akan berlangsung pada tahun 2019 dan Litar Antarabangsa Sepang bakal menampilkan seorang penunggang.

Pengumuman ini telah dibuat sewaktu Jawatankuasa Pasukan MotoE kali ketiga di Litar Red Bull Ring di Austria. Penyertaan SIC dalam siri perlumbaan ini adalah salah sebuah daripada 12 buah pasukan, dengan sejumlah 18 buah jentera, di mana para pasukan menentukan sama ada untuk mempertaruhkan seorang penunggang (seperti yang dilakukan oleh SIC) atau dua orang penunggang. Ke semua pasukan akan mengemudi jentera MotoE Energica yang sama.

Pasukan dengan seorang penunggang adalah:

  • Sepang International Circuit (SIC).
  • Marc VDS Racing Team.
  • Ajo Motorsport.
  • Pons Racing.
  • Dynavolt Intact GP.
  • SIC58 Squadra Corse.

Pasukan dengan dua orang penunggang:

  • Tech 3 Racing.
  • LCR Team.
  • Pramac Racing.
  • Esponsorama Racing.
  • Gresini Racing.
  • Angel Nieto Team.

Jawatankuasa ini juga turut menggariskan maklumat yang seperti tarikh-tarikh ujian, penaja, dan rakan kongsi teknikal.

Ke semua ujian akan dijalankan di Jerez pada tarikh-tarikh berikut:

  • 23 hingga 25 November 2018.
  • 13 hingga 15 Mac 2019.
  • 23 hingga 25 April 2019.

Penaja yang telah disahkan adalah:

  • Enel.
  • Energica.
  • Michelin.
  • DHL.

Rakan kongsi teknikal terdiri daripada:

  • Dell’Orto.
  • Regina.
  • Brembo.
  • Marchesini.
  • Öhlins.

Kalendar penuh bagi siri perlumbaan FIM Enel MotoE World Cup kali pertama ini dijangka akan diterbitkan sewaktu GP San Marino, manakala barisan penunggang akan diperkenalkan di GP Aragon. Siri perlumbaan MotoE ini bakal memangkin lagi pembangunan motosikal elektrik sebelum berkuatkuasanya pengharaman kenderaan janaan petrol baharu di beberapa buah negara dalam tempoh masa sedekad yang akan datang.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.