Mat Rempit Maut, Mencederakan Seorang Yang Lain Dalam Satu Perlumbaan Haram

Gambar sekadar hiasan – Sumber imej: Sarawak Voice
  • Seorang Mat Rempit telah meninggal dunia manakala seorang ‘penonton’ telah mengalami kecederaan serius dalam satu perlumbaan haram.
  • Pihak PDRM kini sedang memburu dua orang ‘pelumba’ yang lain.
  • Video-video yang dipaparkan menunjukkan kemalangan dan keadaan sejurusnya.

Seorang Mat Rempit telah menyebabkan kematian seorang lagi penunggang motosikal dan mencederakan seorang yang lain sewaktu satu perlumbaan haram di Kota Bharu, Kelantan, pada hari Sabtu (18 Ogos 2018).

Seperti yang boleh dilihat dalam video di bawah, sekumpulan besar penonton telah berkumpul bagi menyaksikan satu perlumbaan haram. Dua buah motosikal memecut laju diikuti oleh motosikal ketiga beberapa saat kemudian. Motosikal ketuga tersebut telah melanggar seorang pejalan kaki yang telah melintasi ‘litar’ berkenaan.

https://www.facebook.com/lan.cassanova/videos/10211788862457780/

Penunggang motosikal tersebut, Norazrin Azizan Abdul Aziz, 26 tahun, meninggal dunia sewaktu menerima rawatan kecemasan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian. Pejalan kaki, Mohd Azhan Baharudin, 25 tahun, telah patah kedua-dua belah kaki dan kini tidak sedarkan diri, dan dirawat di hospital yang sama.

https://www.facebook.com/lan.cassanova/videos/10211788862737787/

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini sedang memburu kedua-dua pelumba haram yang terlibat dalam perlumbaan tersebut. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Sharul Othman Mansor berkata bahawa kedua-dua mereka turut terlibat dalam menyebabkan kematian Norazrin dan kecederaan Mohd Azhan.

“Kedua-dua penunggang motosikal berkenaan dikehendaki bagi siasatan di bawah Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987,” Ujar Datuk Sharul.

Datuk Sharul telah membuat pengumuman tersebut di satu sidang media untuk “Operasi Samseng Jalan” yang telah diketuainya di Seremban malam semalam.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]