Didi Resources Anjurkan Hari Litar Aprilia Dan Modclass Yang Pertama

  • Didi Resources, pengedar rasmi bagi jenama Aprilia dan Moto Guzzi, dan juga beberapa jenama yang lain, akan menganjurkan satu hari litar pada 9 September 2018.
  • Akan ada dua kategori yang akan disediakan, satu untuk motosikal Aprilia dan satu lagi untuk motosikal moden klasik dalam kategori “Modclass”.
  • Anda boleh menyewa sut perlumbaan di litar, namun, anda perlu membawa helmet ‘full-face’ anda sendiri.

Didi Resources telah menjanjikan pelbagai acara hebat bagi mengangkat semula jenama Aprilia di Malaysia, dan mereka tampak serius ingin mengotakannya. Pengedar rasmi baharu bagi jenama motosikal Aprilia di Malaysia ini akan menganjurkan satu hari litar buat para pemilik Aprilia di Litar Antarabangsa Sepang pada 9 September 2018.

Wakil Pengedar Rasmi Aprilia Di Malaysia Yang Baharu Diperkenalkan!

Acara “Aprilia Track Day” ini terbuka buat ke semua pemilik Aprilia tidak kira apa pun modelnya. Para penunggang boleh memilih sama ada untuk menyertai kategori ‘Beginner’, ‘Intermediate’, atau pun ‘Advanced’, di mana dua sesi akan dijadualkan bagi setiap kategori.

Yuran penyertaannya adalah RM200, termasuk masa di atas litar, jamuan ringan, dan juga hadiah.

Pasti hebat dapat menyaksikan dan mendengar enjin V-Four dan V-Twin Aprilia mengaum di atas litar.

Turut diadakan pada hari yang sama adalah sesi untuk motosikal “Modclass”, yang mana ianya terbuka untuk ke semua motosikal moden klasik, walaupun ia dianjurkan oleh Moto Guzzi Malaysia.

Yuran penyertaannya adalah RM250, namun, ianya termasuk taklimat penunggangan selamat dan latihan ringkas kendalian “Foreman” Oh Kah Beng. Selain itu, terdapat juga tunggangan yang dibimbing oleh marsyal bertauliah dan pemeriksaan motosikal oleh kakitangan terlatih. Seperti sesi Aprilia, bayaran untuk Modclass juga termasuk dengan jamuan ringan. Para penunggang akan menerima sijil penyertaan di penghujung hari.

Bagi kategori Modclass, inilah peluang terbaik untuk membuktikan motosikal moden klasik manakah yang terpantas!

Anda tidak perlu risau sekiranya anda tidak memiliki sut perlumbaan kerana anda boleh menyewa satu set termasuk sut, sarung tangan dan but untuk RM330 untuk satu hari. Anda bagaimana pun perlu membawa helmet ‘full-face’ anda sendiri.

Anda diminta mendaftar diri pada kadar yang segera kerana slotnya terhad dan ianya sedang dipenuhi dengan pantas! Anda boleh rujuk pada pautannya DI SINI bagi pendaftaran, atau hubungi urusetia di talian 011-23008919.

Jumpa anda di sana.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.