Pandangan Pertama: Motosikal Cruiser Elektrik Harley-Davidson LiveWire 2019!

  • Motosikal cruiser elektrik Harley-Davidson LiveWire 2019 telah dipratontonkan kepada orang awam sebelum pelancaran rasminya pada tahun hadapan.
  • Motosikal elektrik pertama keluaran sepenuhnya jenama tersebut adalah salah satu dari pelbagai model yang akan dikilangkan dari sebahagian daripada evolusi besar-besaran mereka.
  • Tiada maklumat jelas mengenai pengeluaran model LiveWire telah diberikan buat masa ini.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa tahun 2019 bakal menjadi satu tahun yang amat PENTING bagi pengeluar motosikal Amerika Syarikat, Harley-Davidson. Jenama yang cukup tersohor ini sedang bersiap sedia menjalani satu evolusi besar-besaran dengan pengenalan beberapa buah model yang cukup menggamit perhatian, antaranya adalah Streetfighter, Pan America, dan FXDR 114.

Sebahagian daripada langkah utama evolusi ini adalah motosikal cruiser elektrik Harley-Davidson LiveWire. Diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2014 yang lalu, projek ini telah mengharungi pelbagai kemaskini serta penambahbaikan pada pakej keseluruhannya. Motosikal Harley-Davidson paling futuristik ini telah bersedia untuk langkah utama terakhirnya; pengilangan.

Menurut Paul James, Pengarah Pengurusan Projek Harley-Davidson, “Ini satu detik yang istimewa bagi kami kerana para jurutera kami telah bertungkus lumus bertahun lamanya untuk projek ini dan kini, mereka dapat mempamerkannya buat tatapan ramai. Dari pelbagai segi ianya satu jenis kelegaan. Kami telah melakukan pelbagai perkara bagi membolehkannya dikilangkan.”

Walaupun motosikal LiveWire telah diperkenalkan beberapa tahun yang lalu, Harley-Davidson mendakwa bahawa motosikal yang akan mereka kilangkan itu berbeza sama sekali dari yang asalnya, di mana kedua-dua ciri prestasi dan kefungsiannya telah diangkat ke satu aras yang baharu.

Antara ciri-ciri yang ada padanya adalah:

  • Pautan telefon pintar melalui papan pemapar berwarna TFT.
  • Unit Brembo ‘monoblock’ mewah.
  • Pakej suspensi Showa boleh laras sepenuhnya untuk bahagian hadapan dan belakang.
  • Mod cas-pantas menggunakan palam dinding biasa.
  • Capaian mudah ke bahagian pemetaan enjin dan diagnostik motosikal.
  • Transmisi ‘twist and go’ dan kotak gear ‘step down’.

Tiada maklumat tambahan lain telah diberikan mengenai pengilangan motosikal Harley-Davidson LiveWire 2019 ini, sama ada harga, kuasa kuda, atau daya kilasnya, namun, kami yakin bahawa semangat jati Harley-Davidson akan kekal terterap dalam DNA motosikal ini, walaupun ianya sebuah motosikal cruiser elektrik sepenuhnya.

Motosikal Power Cruiser Harley-Davidson FXDR 114 Tahun 2019 Diperkenalkan!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.