HOG PJ Anjurkan “Safe Rider Skills Program”

HOG PJ (Harley Owners Group Petaling Jaya) telah menganjurkan “Safe Rider Skills Program” pertama mereka untuk tahun ini. Sekitar 20 orang ahli kelab HOG PJ dan marsyal telah menyertai program ini bagi meningkatkan lagi kemahiran menunggang mereka. Program latihan ini telah diketuai oleh ketua pelatih penunggangan teknikal PDRM Muar, ASP Mohd Hairuddin bin Mohd Raya.

Tawaran Hebat Harley-Davidson Petaling Jaya

Harley-Davidson Petaling Jaya sedang mempromosikan tawaran yang menakjubkan buat pemilik Harley baharu. Dengan setiap pembelian model Softail dan Touring baharu, anda layak menerima waranti pengilang dua tahun dan aksesori Harley bernilai RM40,000 secara percuma. Mereka yang berminat juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai model Harley yang dipasang di Thailand di gerai HDPJ, di festival…

Tahukah Anda Akan Kewujudan Motosikal Berkapasiti Kecil Harley-Davidson?

Harley-Davidson mungkin lebih dikenali kerana motosikal cruiser berkapasiti besar V-Twin mereka, tetapi, mereka juga pernah menghasilkan motosikal berkapasiti kecil. Motosikal berkapasiti kecil ini adalah hasil daripada pembelian syarikat Aermacchi oleh Harley-Davidson. Ada kemungkinan yang Harley-Davidson akan menawarkan motosikal berkapasiti kecil pada masa yang akan datang.

Heaven MC: Kelab Motosikal Malaysia Dengan Tujuan Mulia

Heaven MC, sebuah kelab yang ditubuhkan pada tahun 2015 yang kebanyakannya terdiri daripada para pemilik Harley-Davidson, namun ianya terbuka untuk semua jenis motosikal janaan V-Twin. Presidennya menyatakan yang ianya sebuah kelab motosikal nirlaba (non-profit) yang menyeronokkan. Kelab ini kebiasaannya menganjurkan konvoi dalam negara, dan turut menunggang ke Thailand sebanyak tiga kali dalam setahun.