Tawaran Hebat Harley-Davidson Petaling Jaya

  • Harley-Davidson Petaling Jaya sedang mempromosikan tawaran yang menakjubkan buat pemilik Harley baharu.
  • Dengan setiap pembelian model Softail dan Touring baharu, anda layak menerima waranti pengilang dua tahun dan aksesori Harley bernilai RM40,000 secara percuma.
  • Mereka yang berminat juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai model Harley yang dipasang di Thailand di gerai HDPJ, di festival International Motomania Kuala Lumpur yang berlangsung pada hujung minggu ini.

Harley-Davidson Petaling Jaya sedang mempromosikan satu tawaran yang cukup menakjubkan buat para pemilik motosikal Harley baharu.

Bagi mereka yang menggemari gaya hidup permotosikalan yang bebas bergerak dan santai, memiliki sebuah motosikal Harley-Davidson sudah pasti menjadi idaman mereka. Namun, ianya tidak bermakna sekiranya gaya hidup ini membebankan lagi kewangan mereka. Oleh kerana itu, HDPJ telah menyediakan kadar faedah yang terendah buat para pembeli mereka, di samping menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang professional dan lengkap.

Tetapi, tunggu, ada lagi yang telah mereka sediakan!

Bagi membolehkan pengalaman pemilikan Harley ini lebih menyeronokkan, HDPJ telah menawarkan promosi di mana pembeli boleh memiliki sebuah motosikal Harley baharu dan akan menerima waranti pengilang selama dua tahun. Tidak cukup dengan itu, anda juga akan menerima aksesori Harley-Davidson yang bernilai sehingga RM40,000. Ya, RM40,000!

Pasti ada yang akan berkata, “Mengapa beli yang baharu kalau boleh beli yang ‘recond’?” Beza antara harga sebuah motosikal Harley ‘recond’ dan sebuah Harley yang baharu adalah sekitar RM30,000. Dan dengan aksesori percuma yang bernilai RM40,000 bersama dengan waranti pengilang selama dua tahun, sudah pasti ianya lebih bijak untuk membeli motosikal Harley yang baharu.

Promosi ini sah untuk model Softail dan Touring yang baharu. Bagi mereka yang berminat, anda juga boleh mendapat maklumat yang lebih lanjut mengenai motosikal Harley yang bakal tiba, yang dipasang di kilang mereka di Thailand, di festival International Motomania of Kuala Lumpur 2019 yang sedang berlangsung sepanjang hujung minggu ini.

Pelbagai aktiviti yang hebat telah disediakan di festival International Motomania of Kuala Lumpur 2019 untuk para penunggang motosikal dan juga keluarga mereka. Jadi, kunjungilah gerai Harley-Davidson Petaling Jaya yang ada di sana.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply