HOG PJ Anjurkan “Safe Rider Skills Program”

HOG PJ (Harley Owners Group Petaling Jaya) telah menganjurkan “Safe Rider Skills Program” pertama mereka untuk tahun ini. Sekitar 20 orang ahli kelab HOG PJ dan marsyal telah menyertai program ini bagi meningkatkan lagi kemahiran menunggang mereka. Program latihan ini telah diketuai oleh ketua pelatih penunggangan teknikal PDRM Muar, ASP Mohd Hairuddin bin Mohd Raya.

Tawaran Hebat Harley-Davidson Petaling Jaya

Harley-Davidson Petaling Jaya sedang mempromosikan tawaran yang menakjubkan buat pemilik Harley baharu. Dengan setiap pembelian model Softail dan Touring baharu, anda layak menerima waranti pengilang dua tahun dan aksesori Harley bernilai RM40,000 secara percuma. Mereka yang berminat juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai model Harley yang dipasang di Thailand di gerai HDPJ, di festival…

Heaven MC: Kelab Motosikal Malaysia Dengan Tujuan Mulia

Heaven MC, sebuah kelab yang ditubuhkan pada tahun 2015 yang kebanyakannyaย terdiri daripada para pemilik Harley-Davidson, namun ianya terbuka untuk semua jenis motosikal janaan V-Twin. Presidennya menyatakan yang ianya sebuah kelab motosikal nirlaba (non-profit) yang menyeronokkan. Kelab ini kebiasaannya menganjurkan konvoi dalam negara, dan turut menunggang ke Thailand sebanyak tiga kali dalam setahun.

Tunggangan Tour Melaka 2018

Konvoi “Tour Melaka 2018” telah diadakan bagi mempromosikan Melaka sebagai destinasi yang menyeronokkan buat penunggang motosikal, yang merupakan sebahagian daripada kempen Tahun Melawat Melaka 2019. Oleh itu, pihak penganjurnya telah menjemput para penunggang dari Thailand dan Singapura. Konvoi ini membawa para peserta mengunjungi tempat-tempat tarikan pelancong paling popular di sekitar Melaka dalam tempoh dua hari.

Berita Hebat Buat Para Pemilik Harley-Davidson Sportster!

Harley-Davidson Sportster adalah salah sebuah motosikal paling menyeronokkan yang boleh anda miliki. Ia menggabungkan gaya dan prestasi. Penyelenggaraan adalah sebahagian daripada pengalaman pemilikan motosikal. Ini mungkin menelan kos yang besar, jadi pakej dan diskaun amatlah dialukan. Harley-Davidson Petaling Jaya dan Harley-Davidson Pulau Pinang sedang menawarkan pakej diskaun dengan promosi ‘beli satu, percuma satu’. Teruskan membaca…