Sambutan Ulang Tahun Ke-Tiga Kingz Motorcycle Group

  • Kingz Motorcycle Group telah menyambut ulang tahun mereka yang ke-tiga baru-baru ini.
  • Kira-kira 100 orang penunggang telah memulakan perjalanan dari rumah kelab MG ini di Sentul.
  • Kumpulan berkenaan telah menunggang melalui KL menuju Putrajaya dan kembali ke Jalan Tun Razak.

Kingz Motorcycle Group telah menyambut ulang tahun ke-tiga baru-baru ini.

Kumpulan motosikal berkenaan memulakan tunggangan mereka dari rumah kelab mereka di Sentul pada sebelah petang. Hampir 100 orang penunggang telah mengambil bahagian dalam konvoi ini. Sejumlah besar ahli Kingz MG dikenali ramai di kalangan persaudaraan bermotosikal.

Tiada cara yang lebih baik untuk meraikan ulang tahun kumpulan motosikal daripada menunggang bersama-sama. Ianya sudah pasti satu hari yang menyeronokkan buat ahli kumpulan di mana mereka menunggang seiringan, ‘warna’ mereka (ves rasmi kumpulan) dihembus dengan tiupan angin.

Kumpulan ini meneruskan perjalanan dari HDPJ melalui Kuala Lumpur ke Putrajaya. Para penunggang telah berhenti untuk mengambil gambar di samping berehat dan bergurau senda sesama mereka. Bangunan yang tersergam indah di pusat pentadbiran negara menjadi latar belakang mengagumkan bagi motosikal yang berkroma, dengan kemasan warna berkilat dan deruman ratusan motosikal Harley-Davidson.

Mereka kemudiannya bertolak dari Putrajaya dan menuju ke G-Tower, yang terletak di Jalan Tun Razak untuk acara yang selebihnya pada malam itu.

Di sana, penunggang tampak jelas bergembira sesama mereka yang bersaudara. Mereka turut bergurau, menyimbah air antara satu sama lain selepas bergambar berkumpulan.

Makan malam bufet telah dihidangkan, di samping mereka disenandungkan oleh kugiran yang mengalunkan lagu-lagu ‘road trip’ yang klasik.

Dengan sokongan Harley-Davidson Petaling Jaya, pengedar rasmi Harley-Davidson di Malaysia, Kingz MG telah meraikan ulang tahun ke-tiga mereka dengan memotong sebuah kek yang telah dihias dengan nama kumpulan.

Kami ingin mengucapkan tahniah dan menabik hormat kepada Kingz Motorcycle Group kerana sering memeriahkan suasana. Moga kelab anda terus berkembang dan terus menunggang untuk bertahun lamanya.