Tayar Goodyear Assurance TripleMax 2 kini lebih selamat

Sempen ulang tahun ke-120, Goodyear Malaysia mengumumkan kedatangan tayar Goodyear Assurance TripleMax 2 yang direka untuk segmen pertengahan kenderaan penumpang. Siri TripleMax Assurance pertama yang telah dilancarkan pada tahun 2013 telah memenangi kepercayaan pengeluar dan pengguna kereta utama di seluruh dunia dan keluaran terbaharu mereka menawarkan prestasi yang lebih hebat dan selamat.

Model tayar Assurance TripleMax 2 telah direkakhas untuk meningkatkan kadar keselamatan dan ketahanan tayar. Di samping itu, ia juga dioptimumkan untuk prestasi cemerlang dengan jarak brek yang singkat lebih-lebih lagi dalam keadaan jalan basah yang membolehkan pemandu berhenti lebih cepat dan memandu lebih selamat.

Ciri-ciri merarik yang terdapat pada tayar keluaran terkini Goodyear Malaysia adalah:

  • Prestasi brek cemerlang dalam keadaan basah: Formulasi kompaun yang inovatif meningkatkan daya cengkaman dengan mikrostruktur yang lebih optimum memberi prestasi brek lebih baik dalam keadaan jalan basah.
  • Peningkatan prestasi kawalan kenderaan: Teknologi HydroTred yang baru menawarkan bahagian kawasan tayar pada jalan yang lebih besar dan berkesan dalam memberikan pengalaman memandu yang lebih baik.
  • Prestasi keselesaan lebih tinggi: Corak bunga inovatif direka untuk mengurangkan bunyi corak sepanjang hayat tayar dan juga memberikan pemanduan yang lebih lancar dan lebih selesa.
  • Prestasi tahan lasak lebih hebat: Ciri-ciri teknikal tambahan di sisi dinding, reka bentuk dan bahan pembinaan telah diperkenalkan di TripleMax 2 Assurance untuk meningkatkan ketahanan dan kekuatan tayar.

Saiz tayar terbaru dari Goodyear Malaysia ditawarkan dari 15-inci hingga 17-inci bagi pelbagai jenis model kenderaan. Untuk maklumat lanjut, layari www.goodyear.com.my/tyres/goodyear-assurance-triplemax-2.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.