Keceriaan Krismas Buat Pemilik Dan Penggemar Harley-Davidson

Apakah perkara yang ingin sekali anda lakukan pada hujung minggu terakhir sebelum Tahun Baharu? Sudah semestinya perkara yang sama telah acap kali anda lakukan pada setiap hujung minggu sepanjang tahun, iaitu menunggang motosikal anda membelah jalan raya. Dan tunggangan pagi solo penulis hari ini telah membawa penulis ke The Gasket Alley di mana telah berlangsungnya satu acara yang diadakan khusus buat pemilik Harley-Davidson.

Di beri nama “The Big Weekender”, acara eksklusif yang santai ini ini terbuka buat semua, tidak kiralah anda pemilik Harley-Davidson atau pun tidak. Bagi penggemar jenama ini, telah disediakan diskaun sehingga 60% untuk pakaian, kelengkapan menunggang dan aksesori, sesuai bagi mereka yang ingin menunjukkan minat mereka terhadap jenama berkenaan.

Bagi pemilik motosikal Harley-Davidson pula, terdapat satu diskaun istimewa 20% untuk alat ganti dan aksesori motosikal. Dan sekiranya anda ahli kelab Harley-Davidson Owners Group, anda berpeluang menikmati tambahan diskaun 5% untuk jumlah keseluruhan diskaun sebanyak 25% bagi menyerikan lagi motosikal anda. Perlu diingatkan bahawa promosi ini tidak sah bagi perkhidmatan penyelenggaraan dan membaiki motosikal.

Penulis menghabiskan masa mengelilingi cawangan Harley-Davidson Petaling Jaya, tetapi pulang dengan tangan kosong memandangkan penulis baharu sahaja membeli baju-t dan jaket Harley-Davidson yang baharu beberapa minggu yang lalu. Tetapi tidak salahnya sekiranya penulis berkongsikan diskaun yang hebat dengan para penggemar dan pemilik Harley-Davidson. Penulis bagaimana pun telah mendaftar untuk kempen penyelenggaraan terkini Sportster, bergelar “Beli Satu, Dapat Dua”, di mana pemilik hanya perlu membelanjakan RM549 untuk satu penyelenggaraan utama dan satu penyelenggaraan kecil. Sila TEKAN SINI untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen penyelenggaraan yang mengagumkan ini.

Penulis telah dimaklumkan bahawa “The Big Weekender” ini akan berlangsung pada hujung minggu ini (Sabtu dan Ahad), dari jam 10 pagi hingga 7 petang. Berbaloi untuk dikunjungi untuk mendapatkan hadiah buat mereka yang meminati Harley-Davidson, atau, seperti penulis, yang mempunyai masa yang boleh diluangkan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.