Stesen Minyak Petronas Solaris Besraya Serdang Dibuka Semula

Sumber imej: World of Buzz
  • Stesen minyak Petronas Solaris Besraya Serdang telah dibuka semula selepas insiden yang berlaku semalam.
  • Beberapa buah kenderaan telah dilaporkan mengalami kerosakan setelah membuat isian semula di stesen berkenaan.
  • Siasatan mendapati bahawa air telah meresap masuk ke dalam tangki simpanan bawah tanah stesen tersebut.

Stesen minyak Petronas Solaris Besraya di Serdang telah dibuka semula.

Dalam satu berita yang telah menghangatkan media sosial negara semalam, sekitar 20 buah kenderaan telah mengalami kerosakan setelah membuat isian semula di stesen berkenaan. Beberapa orang pemilik telah membuat aduan di atas talian mengenai kenderaan mereka yang mulai meragam selepas mengisi minyak petrol di stesen tersebut.

Petronas Dagangan Berhad (PDB) telah mengeluarkan satu kenyataan pada satu masa yang kemudian semalam. Mereka mendapati bahawa air telah meresap masuk ke dalam tangki simpanan bawah tanah stesen berkenaan. Pihak pengendali stesen telah mengasingkan tangki yang terjejas itu.

Petronas telah menjalankan ujian tahap keutuhan lanjutan selepas tugas-tugas pembersihan. Selain itu sepasukan petugas telah ditempatkan di stesen berkenaan bagi memberikan bantuan tambahan.

PDB telah memohon maaf dan telah menambah bahawa mereka akan mengambil tanggungjawab penuh di atas insiden ini, dan akan memberikan pampasan kepada pemilik kenderaan yang terjejas. Mereka juga telah memberikan jaminan bahawa tiada stesen Petronas lain yang terlibat dengan insiden ini.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Mohd Roslan Mahayuddin, telah berkata kepada Utusan Malaysia bahawa beliau telah mengarahkan beberapa orang pegawai ke stesen berkenaan berikutan aduan di atas talian.

Pegawainya turut mendapat keputusan yang sama seperti Petronas. Datuk Mohd Roslan telah menambah, “KPDNHEP telah mendapatkan sampel minyak petrol. Kami akan meneliti insiden ini dari sudut undang-undang. Kami akan mengambil tindakan sekiranya ada kesalahan dari segi undang-undang.”

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]