Harley-Davidson Perkenalkan Serial 1

Advertisements

Selepas lebih setahun khabar angin tular mengenai perancangan Harley-Davidson terlibat dengan basikal elektrik, akhirnya Serial 1 Cycle diperkenalkan.

*Serial 1 diinsiprasikan daripada Serial Number One yang diperkenalkan pada 1903

Menariknya, nama Serial 1 itu diberikan sempena model Serial Number One, nama yang diberikan kepada motosikal sulung Harley-Davidson yang dibina pada 1903.

Tidak hairanlah Serial 1 menampilkan rekaan dengan tayar berwarna putih, tempat duduk kulit dan grip tangan dengan kerangka berwarna hitam menyamai model pada 1903.

Projek basikal elektrik ini dibangunkan oleh Product Development Center, yang mengumpulkan sekumpulan peminat motosikal dan basikal dalam membantu melahirkan Serial 1.

Menurut Harley-Davidson, fokus utama pembangunan Serial 1 adalah memastikan model itu benar-benar layak dalam membawa nama Harley-Davidson dalam segmen basikal elektrik.

Ketika ini Harley-Davidson masih belum mendedahkan spesifikasi Serial 1.

Permintaan terhadap basikal elektrik semakin meningkat terutamanya di Amerika Syarikat dengan lebih 270,000 unit telah dieksport ke negara itu pada 2019.

Angka tersebut dijangka meningkat di antara 500,000 hingga 600,000 pada tahun akan datang. – The Verge

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.