Harley-Davidson Beli Syarikat StaCyc, Bakal Perkenalkan Basikal e-Push

  • Harley-Davidson telah membeli syarikat StaCyc dan akan memperkenalkan basikal elektrik ‘e-Push’ untuk kanak-kanak.
  • Basikal itu dengan itu akan dijenamakan sebagai Harley-Davidson.
  • Terdapat dua buah model dengan ketinggian yang berbeza akan diperkenalkan untuk kanak-kanak.

Harley-Davidson telah membeli syarikat StaCyc Inc., sebuah syarikat yang terkenal dengan pengeluaran basikal tolak EDRIVE untuk kanak-kanak.

Mengajar anak anda menunggang basikal adalah cara yang terbaik untuk memupuk minat menunggang motosikal. Dan dengan adanya basikal ini, anda juga boleh memupuk minat mereka dengan jenama Harley-Davidson.

Basikal tolak EDRIVE keluaran StaCyc ini telah pun diperkenalkan pada tahun 2016. Dan apabila Harley-Davidson membeli syarikat ini, bermakna ianya akan dijenamakan semula sebagai Harley. Terdapat dua buah model yang disediakan, iaitu 12e dan 16e. Model 12e memiliki kerangka 12 inci yang lebih kecil, manakala model 16e menggunakan kerangka 16 inci untuk kanak-kanak yang lebih tinggi. Model 16e juga mempunyai keluaran kuasa yang lebih tinggi.

Basikal ini boleh digunakan dalam dua mod yang berbeza, mod tolak dan juga pacuan elektrik.

Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Jenama Harley, Heather Malenshek, “Kami teruja dapat mengalukan StaCyc dalam keluarga Harley-Davidson. Pasukan yang berada di StaCyc telah berkongsi visi yang sama seperti kami dalam memupuk generasi seterusnya penunggang di seluruh dunia dan kami percaya yang secara bersama, kami akan dapat memberi kesan yang ketara dalam membawakan keseronokan menunggang buat kanak-kanak di mana-mana sahaja.

Peminat Harley-Davidson di Malaysia boleh mengunjungi Harley-Davidson Petaling Jaya untuk mengetahui sama ada mereka akan membawa masuk basikal ini.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.