Pemandu Myvi Buat Hal Lagi?


Rakaman video yang memaparkan tiga kenderaan memandu dalam keadaan berbahaya sebelum menyebabkan kemalangan di Subang Jaya menjadi viral di media sosial.

Menurut laporan akhbar tempatan, insiden yang berlaku sekitar jam 8 malam pada 2 Mac lalu telah berjaya dirakam ‘dashcam’ sebuah kenderaan yang kebetulan melalui jalan tersebut.

Rakaman tersebut – yang kini telah mencecah 1,800 perkongsian dan 190,000 tontonan di Facebook Info Roadblock JPJ/Polis – menunjukkan dua buah kenderaan jenis Perodua Myvi dan Proton Iswara memandu secara berbahaya.

Tatkala Myvi berwarna merah dan Iswara memintas dengan laju, Myvi putih yang cuba mengekori di belakang hilang kawalan lalu melanggar dua buah kereta lain lalu menyebabkan kemalangan.

Tonton video penuh di bawah:

Beberapa hari yang lalu seorang pengguna jalan raya turut berkongsi rakaman ‘dashcam’ miliknya yang menunjukkan sebuah Perodua Myvi hitam menukar lorong secara tiba-tiba lalu menyebabkan kemalangan terhadap seorang penunggang motosikal.

Jadi kalau nampak Myvi sila larikan diri! *sekadar gurauan*

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]