Motosikal Elektrik Harley-Davidson Bakal Tiba Pada Tahun 2019!

 

  • Motosikal elektrik keluaran Harley-Davidson yang pertama bakal membuat kemunculannya seawal tahun 2019.
  • Berdasarkan motosikal konsep LiveWire mereka yang telah mendapat sambutan yang hangat, motosikal elektrik ini adalah salah sebuah di antara 100 model terbaru yang akan diperkenalkan oleh jenama tersebut dalam perancangan 10 tahun mereka.
  • Berita mengujakan ini datang bersama dengan pengumuman kejatuhan hasil jualan bagi tahun 2017 dan penutupan kilang mereka di Kansas.

Beberapa hari yang lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Harley-Davidson, Matthew Levatich, telah mengumumkan bahawa motosikal elektrik Harley-Davidson yang pertama akan dimulakan penghasilannya bermula seawal 2019. Pengumuman yang mengujakan ini datang sebagai pengubat hati pada waktu berita yang kurang menyenangkan mengenai kejatuhan hasil pendapatan jenama berkenaan pada penghujung 2017 beserta dengan penutupan kilang mereka di Kansas City.

Harley-Davidson tampak amat bersemangat pada kali ini terutamanya dengan pengumuman motosikal elektrik mereka sebagai sebagai daripada rangkaian motosikal mereka untuk tahun 2019. Berita ini akhirnya akan membawa motosikal konsep LiveWre yang mendapat sambutan hangat ke tahap pengeluaran. Ianya adalah satu bahagian yang kecil dalam perancangan gergasi 10 tahun mereka di mana Harley-Davidson telah menetapkan sasaran untuk memperkenalkan sejumlah 100 buah model yang baru!

Harley Davidson Sahkan 100 Model Terbaru Dan Salah Satunya Adalah Motosikal Elektrik!

Motosikal cruiser elektrik sepenuhnya itu sudah pasti akan menjadi satu tambahan yang menarik namun jenama tersebut perlulah mengatur langkah dengan berhati-hati kerana jentera elektrik masih lagi dalam tahap ’50 – 50′ penerimaannya. Walaupun kenderaan elektrik semakin mendapat pengiktirafan ramai di masa kita melangkah ke masa hadapan, mengekalkan semangat jati jenama berkenaan yang telah dijana oleh sebuah motor elektrik sudah pasti akan menjadi cabaran yang sebenar.

Motosikal konsep mereka, LiveWire 2015 telah mendapat pelbagai maklum balas yang positif terutamanya dengan kepantasan torknya bertindak. Sebaliknya, motosikal tersebut perlu dibina dari sumber yang lain memandangkan syarikat yang bertanggungjawab untuk motosikal LiveWire (Mission Motors) sudah tidak beroperasi. Harley-Davidson berkemungkinan sekali akan mengambil alih keseluruhan tugas mengilang untuk jentera elektrik yang baru ini.

Masa hadapan motosikal semakin menuju ke arah pengelektrifikasian di mana semakin banyak pengeluar yang telah mengambil langkah menggunakan tenaga hijau ini, di mana menghasilkan jentera elektrik bukan lagi satu hal yang besar. Menjelang 2019, pengeluar perlu menghasilkan sesuatu revolusinari bagi membuatkannya lebih mengujakan dan yang lebih penting lagi, relevan.

Teruskan setia bersama MotoMalaya untuk perkembangan terkini dunia permotoran.

10 Perkara Yang Boleh Dijangka Dari Pengedar Harley-Davidson Baru Di Malaysia!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]