Kelab Urban Riders Tunggangi Jentera Aprilia Mereka Sempena Ulang Tahun Kelima

Para pemilik motosikal Aprilia mulai merasakan hasil pertukaran pengedar rasmi baharu jenama itu.
Para pemilik yang juga ahli kelab Urban Riders telah menganjurkan satu tunggangan hujung minggu ke Melaka bagi beriadah di tepi pantai.
Kumpulan tersebut telah memulakan perjalanan mereka dari Aprilia Malaysia yang berada di The Gasket Alley.

Seperti mana jenama-jenama lain yang bernaung di bawah Didi Resources Sdn. Bhd., penunggang motosikal Aprilia kini sudah mula melihat hasilnya, dengan wujudnya lebih banyak program dan konvoi, seperti mana yang telah dijanjikan oleh pengedar rasmi yang baharu itu. Dengan kerana itu, kelab motosikal Urban Riders telah menyambut ulang tahun ke-lima mereka dengan menunggang ke Melaka, kebanyakannya di atas jentera Aprilia kesayangan mereka.

Wakil Pengedar Rasmi Aprilia Di Malaysia Yang Baharu Diperkenalkan!

Aktiviti telah berjaya menarik minat lebih kurang 30 orang peserta, walaupun ianya telah dianjurkan di tengah-tengah hujung minggu tiga hari ini (hari Sabtu).

Para penunggang telah berhimpun di wakil pengedar Aprilia Malaysia yang baharu, yang terletak di The Gasket Alley, bagi menikmati sarapan ringan dan beramah mesra.

Pada pagi itu dapat dilihat deretan motosikal-motosikal Aprilia yang menggiurkan, kebanyakannya terdiri dari model Shiver 750 dan Tuono 1000 V4.

Encik Idon Pang, Pengurus Selepas Jualan bagi jenama Piaggio di The Gasket Alley telah mengalu-alukan ketibaan para penunggang dan mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana mengambil bahagian dalam tunggangan ini. Dia juga telah menyatakan bahawa jualan motosikal Aprilia yang baharu akan bermula pada bulan Oktober 2018.

Dia juga turut mengingatkan para penunggang mengenai Hari Litar Aprilia pada 9 September 2018, yang julung kali diadakan.

Didi Resources Anjurkan Hari Litar Aprilia Dan Modclass Yang Pertama

Upacara diteruskan dengan taklimat konvoi yang telah disampaikan oleh presiden kelab, Tok Uban. Mereka tidak akan diiringi polis buat kali ini jadi para peserta diarahkan untuk menunggang berpasangan dan menjaga keselamatan satu sama lain.

Kumpulan ini kemudiannya telah memulakan perjalanan dari perkarangan The Gasket Alley menuju ke stesen minyak Shell selepas Plaza Tol Sungai Besi untuk bergabung dengan satu lagi kumpulan, sebelum meneruskan perjalanan ke Chalet D’ Sayang di Pengkalan Balak, Melaka. Mereka akan menginap di sana sebelum pulang ke Kuala Lumpur pada keesokan harinya (hari Ahad).

GALERI GAMBAR

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply