Motosikal Harley-Davidson Streetfighter Akan Diperkenalkan Pada Tahun 2019

  • Motosikal Harley-Davidson Streetfighter yang baharu dijangka akan melebarkan lagi rangkaian motosikal kelas pertengahan pengeluar motosikal Amerika Syarikat tersebut.
  • Ianya model pertama yang akan diperkenalkan sebagai rangkaian motosikal 2020.
  • Ia dijana oleh enjin 975cc, sejukan cecair yang baharu.

Harley-Davidson telah mengesahkan bahawa motosikal prototaip ini akan dikilangkan sebagai model tahun 2020. Ini bermakna, versi pengeluaran motosikal ini akan diperkenalkan sekitar suku kedua atau ketiga tahun hadapan.

Diberi nama Streetfighter, motosikal Harley-Davidson yang baharu ini dijana oleh sebuah enjin pelbagai fungsi yang akan menjana sekurang-kurangnya tiga buah model yang lain.

Enjin “V-Twin” sejukan cecair ini mempunyai kapasiti sebanyak 975cc dan bercirikan tatarajah V 60 darjah dengan kepala silinder besar yang merumahkan DOHC. Dengan ini, ia akan membantu memberikan kuasa dan prestasi yang anda harapkan dari sebuah motosikal semasa Harley-Davidson.

Motosikal Harley-Davidson Streetfighter ini dikatakan telah menggunakan kerangka tiub keluli yang didakwa mirip dengan model roadster dan buatan khas yang baharu. Bagaimana pun, lengan ayunnya yang besar itu adalah unik untuk Streetfighter ini dan ianya untuk memastikan motosikal ini boleh dipandu arah di selekoh dengan cengkaman yang hebat sewaktu tunggangan pantas. Cocok dengan nama Streetfighter-nya itu.

Ianya mungkin berbeza pada model pengeluaran, namun, bagi motosikal prototaip ini, ia dilengkapi dengan roda aloi jejari 17 inci yang diliputi dengan tayar Michelin Pilot Power 2CT berukuran 120/70-17 di bahagian hadapan, dan 180/55-17 di belakang.

Mengendalikan daya henti motosikal ini adalah sepasang cakera brek hadapan dengan angkup Monobloc pautan jejari dari Brembo. Bahagian belakangnya pula dilengkapi dengan cakera brek belakang dengan angkup omboh berlawanan jenama Harley-Davidson.

Seperti mana yang dapat anda lihat pada gambar di sini, prototaip ini akan menggunakan pacuan akhir tali sawat. Aturcara suspensinya terdiri daripada fork hadapan terbalik dan penyerap hentakan belakang pautan menegak.

Motosikal Streetfighter yang baharu ini tampak lebih agresif dan ergonomikal dengan kawalan kaki pautan ke belakang dan palang pemegang yang agak tinggi dengan cermin pandang sisi diterapkan dengan sempurna pada hujung palang pemegang. Dan yang paling ketara di sini adalah lekuk dalam pada tangki bahanapi pada tempat mana lutut penunggang akan berada, membolehkan penunggang mengepitnya ketika pembrekan keras.

Kami akan berkongsi lebih banyak maklumat mengenai motosikal Harley-Davidson Streetfighter ini sebaik sahaja kami memperolehinya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.