Rangkaian Indian Scout 2019 Diumumkan

  • Indian Motorcycles telah mengumumkan rangkaian Scout mereka bagi tahun 2019.
  • Kemaskini terbaru termasuklah pilihan warna dan aksesori.
  • Model Scout, Scout Sixty, dan Scout Bobber pasti dapat menyaingi pasaran dengan kemaskini terbaru ini.

Indian Motorcycles telah mengumumkan pengemaskinian bagi rangkaian terlaris mereka, Indian Scout, bagi tahun 2019.

Pengemaskinian yang pertama adalah ciri kelengkapan ABS yang kini disediakan bagi ke semua model kecuali untuk Scout Sixty, Scout, dan Scout Bobber berwarna hitam. Bagi pembeli model versi warna Thunder Black boleh memilih varian dengan ABS atau pun tanpa ABS. Model Scout dan Scout Bobber juga akan dilengkapi dengan palam pengecas USB, yang terletak bersebelahan tolok kelajuan untuk capaian mudah ke peranti pintar atau GPS.

Indian Scout Bobber 2017 “Thunder Black” Diperkenalkan

Jika anda sudah memiliki model Scout versi semasa, anda juga boleh memasang palam pengecas USB ini kerana Indian Motorcycles juga menyediakan kit Palam Pengecas USB yang boleh dipasang pada motosikal Scout atau Scout Bobber tahun 2015 hingga 2018, dan Scout Sixty 2016 – 2019.

Enjin V-Twin sejukan cecair, 1,130cc yang menghasilkan 100hp telah dilengkapkan pada model Scout dalam pilihan warna Thunder Black, Deep Water Metallic, Metallic Jade, Indian Motorcycle Red/Thunder Black, dan Willow Green/Ivory Cream.

Indian Motorcycles juga menawarkan rangkaian aksesori yang pelbagai. Bagi sudut aksesori kembara Scout, terdapat beg, pelana pembonceng, penghadang angin, dan lain-lain. Untuk meningkatkan taraf prestasi motosikal Scout, telah disediakan penyerap hentakan Fox Shocks, ekzos ‘slip-on’ dan lohong masukan Stage 1, dan lain-lain lagi. Terdapat juga aksesori bagi mengkhususkan motosikal Scout anda bagi mencerminkan perwatakan pemiliknya seperti pelana, palang pemegang, tuil kaki dan bermacam-macam lagi.

Motosikal Indian Scout 2019 akan dilancarkan di Amerika Syarikat sebelum diperkenalkan di negara-negara lain di seluruh dunia.

Diuji : Indian Scout

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]