Pengilangan Vespa Elettrica Akan Bermula Dari Bulan September 2018

  • Piaggio Group pada mulanya telah merancang untuk mula mengilangkan Vespa Elettrica pada hujung tahun 2017.
  • Kini ianya disahkan yang pengilangan akan sedia bermula pada bulan September 2018.
  • Piaggio akan menghasilkan dua varian berbeza: satu model elekrtik sepenuhnya dan satu lagi model hibrid.

Piaggio Group pada asalnya berhasrat untuk memulakan penghasilan model Vespa elektrik mereka, yang telah diberi nama Elettrica, pada hujung tahun 2017, namun atas sebab yang tidak dinyatakan, tarikh tersebut telah ditunda sehingga bulan September tahun ini.

Vespa @ EICMA 2016: An electrifying future ahead

Skuter Vespa Elettrica masih lagi mengekalkan reka bentuk “tebuan” yang ikonik, memastikan yang skuter tersebut akan terus mendapat tempat di kalangan penggemarnya bagi tahun-tahun yang akan datang.

Vespa mendakwa bahawa motor elektriknya mampu menghasilkan sehingga 4kW (5.36hp) kuasa kemuncak dan 2kW kuasa berterusan. Pengeluar tersebut juga telah mengatakan yang model Elettrica ini jarak sekurang-kurangnya 96.5km (60 batu). Terdapat pengecas di atas skuter ini yang tersembunyi di sebalik penutup pengisi bahanapi jadi anda boleh mengecas skuter ini di mana sahaja.

Vespa juga akan menghasilkan sebuah model hibrid “X” di samping varian elektrik sepenuhnya ini. Model hibrid akan didatangkan dengan penjana minyak yang akan mengecas bateri, menambah jarak skuter ini ke 193km (120 batu).

Versi hibrid dilengkapi dengan bateri yang lebih kecil yang mempunyai jarak sejauh 48km (30 batu) jika menggunakan bateri sahaja, manakala jarak 144.8km (90 batu) yang selebihnya dapat dicapai apabila penjana minyak dihidupkan. Baterinya itu lebih kecil bagi memuatkan penjana tersebut.

Vespa mengatakan yang prestasi Elettrica sepatutnya sama seperti sebuah skuter 50cc, namun ia datang dengan dua mod kuasa: “power” dan “eco”. Selain itu skuter Elettrica juga bercirikan mod mengundur.

Tidak cukup dengan itu, skuter baharu ini juga akan dilengkapi dengan paparan instrumen TFT dan pautan Bluetooth sejajar dengan motosikal kontemporari terkini.

Tiada berita tentang harganya buat waktu ini. Jualannya akan bermula di Eropah, sebelum ke Amerika Syarikat, dan Asia. Piaggio berharap yang skuter Vespa Elettrica akan sedia untuk pasaran seluruh dunia menjelang bulan November 2018.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.