Menangi RM60,000 dalam kejohanan Toyota Velocity Esports!

  • UMW Toyota telah mengumumkan penganjuran mereka dalam Kejohanan Toyota Velocity Esports.

  • Menangi hadiah utama berjumlah RM60,000 dalam permainan Gran Turismo Sport.

  • Kejohanan sukan elektronik ini akan berlangsung dari 21 hingga 23 September 2018 dan penyertaan adalah percuma bagi 400 orang sahaja!

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) baru sahaja mengumumkan penglibatan terbaharu mereka di dalam dunia sukan elektronik atau ‘Esports’ dengan penganjuran kejohanan Toyota Velocity Esports. Penglibatan UMW Toyota dalam dunia sukan elektronik merupakan pembabitan pertama dari syarikat pengeluaran kenderaan di Malaysia.

Kejohanan Toyota Velocity Esports merupakan salah satu perlumbaan sukan elektronik peringkat kebangsaan yang terbesar di Malaysia. Ia akan berlangsung dari 21 hingga 23 September 2018 bertempat di Sunway Pyramid, bahagian Blue Atrium.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai persaingan dalam menjadi pemandu simulator terhebat dan terpantas di peringkat negara, penyertaan adalah percuma tanpa sebarang bayaran! Dengan berita baik ini, anda haruslah mendaftar dengan segera kerana hanya 400 peserta warganegara Malaysia (atau mempunyai status residen yang sah) sahaja yang akan diterima.

Permainan yang akan digunakan dalam kejohanan Esports anjuran pertama dari UMW Toyota adalah Gran Turismo Sport. Para pemain akan berlumba dengan menggunakan kenderaan Toyota Supra GR Konsep Perlumbaan di litar Suzuka Japan GT. Yang paling menarik? Pemenang akan menerima hadiah berjumlah RM60,000 secara keseluruhan! (Hadiah Utama = RM20,000, Ke-2 = RM10,000 dan Ke-3 = RM5,000).

Di kejohanan tersebut, terdapat juga “Exhibition Race” yang bakal disertai oleh selebriti-selebriti Festival Toyota Gazoo Racing (TGR). Pastinya,pelbagai aktiviti menarik yang bakal berlangsung ini tidak wajardilepaskan oleh para peminat dan penggemar Esport!

Menurut Encik Ravindran K., Presiden UMWT , “Di Toyota, perkembangan serta minat generasi muda masa kini sentiasa berada di fikiran kami. Esports kini berada di lingkungan teratas di antara sukan-sukan yang berpotensi untuk menjadi salah satu daripada lima sukan paling popular dunia.”

“Selaras dengan perkembangan industry teknologi permotoran yang semakin pesat, perlumbaan Esports merupakan pengalaman baru dan menarik terutamanya bagi generasi muda.  Oleh itu, kami di Toyota ingin berada di barisan hadapan dalam siri Kejohanan ini.”

Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.toyota.com.my atau www.toyotavelocity.com dan “Game-On dengan Toyota!”

UMW Toyota lancar Vios Challenge musim kedua

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.