Para pemilik motosikal Aprilia mulai merasakan hasil pertukaran pengedar rasmi baharu jenama itu. Para pemilik yang juga ahli kelab Urban Riders telah menganjurkan satu tunggangan hujung minggu ke Melaka bagi beriadah di tepi pantai. Kumpulan tersebut telah memulakan perjalanan mereka dari Aprilia Malaysia yang berada di The Gasket Alley.
Author: Zarul Faiz
Motosikal cruiser elektrik Harley-Davidson LiveWire 2019 telah dipratontonkan kepada orang awam sebelum pelancaran rasminya pada tahun hadapan. Motosikal elektrik pertama keluaran sepenuhnya jenama tersebut adalah salah satu dari pelbagai model yang akan dikilangkan dari sebahagian daripada evolusi besar-besaran mereka. Tiada maklumat jelas mengenai pengeluaran model LiveWire telah diberikan buat masa ini.
Rangkaian motosikal Indian Big Twin akan diperkemaskini dengan pelbagai ciri teknologi yang canggih. Ke semua motosikal dengan enjin Thunderstroke akan dilengkapkan dengan penyahaktifan silinder belakang. Ia juga buat kali pertama akan dilengkapi dengan mod kuasa enjin.
Ducati Australia telah mengeluarkan satu panggilan semula keselamatan segera atas kemungkinan berlakunya isu pad brek belakang. Model-model yang terlibat adalah Hypermotard 939, 959 Panigale, 1299 Panigale, 1299 Panigale Final Edisi, dan model Panigale V4 yang baharu. Negara-negara yang terjejas setakat ini adalah Australia, Amerika Syarikat, New Zealand, dan Kanada.
Indian Motorcycles telah mengumumkan rangkaian Scout mereka bagi tahun 2019. Kemaskini terbaru termasuklah pilihan warna dan aksesori. Model Scout, Scout Sixty, dan Scout Bobber pasti dapat menyaingi pasaran dengan kemaskini terbaru ini.
Piaggio Group pada mulanya telah merancang untuk mula mengilangkan Vespa Elettrica pada hujung tahun 2017. Kini ianya disahkan yang pengilangan akan sedia bermula pada bulan September 2018. Piaggio akan menghasilkan dua varian berbeza: satu model elekrtik sepenuhnya dan satu lagi model hibrid.
Pasukan MV Agusta Reparto Corse yang bertanding dalam siri Moto2 telah mengesahkan Romano Fenati sebagai salah seorang penunggang mereka bagi musim 2019. Fenati telah beraksi cemerlang dalam Moto3 pada tahun 2017 namun kini bergelut dengan kesukaran dalam Moto2. Menuruti peraturan Moto2 bagi tahun 2019, MV Agusta akan membina jentera mereka berdasarkan enjin Triumph yang baharu.
Suzuki telah memperkenalkan sebuah motosikal Buildbase Suzuki GSX-R1000R edisi yang amat terhad, di mana hanya 50 buah unit sahaja yang akan dibina. Motosikal ini diilhamkan dari jentera yang telah dikemudi oleh Bradley Ray, Richard Cooper, dan Billy McConnell dalam siri perlumbaan British Superbikes (BSB). Suzuki GSX-R1000R Buildbase ini disediakan di UK pada harga £19,999 (kira-kira…
Ewan McGregor dan Charley Boorman kini sedang dalam perancangan bagi menghasilkan dokumentari “The Long Way Up” untuk tahun 2019. Tidak dapat dinafikan yang dokumentari “The Long Way Around” dan “The Long Way Down” telah mempopularkan kembara motosikal jarak jauh. Mereka berdua merancang untuk menunggang dari Ushuaia ke Alaska untuk rancangan terbaru ini.