Imej hasilan yang menunjukkan sebuah motosikal yang kelihatan seperti BMW S 1000 RR 2019 telah tersebar di atas talian. Berdasarkan gambar tersebut, model 2019 ini bercirikan reka bentuk serba baharu yang lebih lancar dan mengalir. Sumber-sumber mengandaikan bahawa motosikal ini akan tampil dengan lebih kuasa dan diterapkan dengan teknologi berinspirasikan MotoGP.
Author: Zarul Faiz
Suzuki Motorcycle Italia telah memuatnaik satu gambar model GSX-R1000 yang istimewa. ‘Hashtag’-nya itu tampak seperti mengandaikan yang ia akan membuat kemunculan sewaktu GP San Marino pada hujung minggu ini. Kami berharap yang ianya adalah model homologasi bagi siri perlumbaan WSBK musim 2019.
Kalendar MotoGP bagi musim 2019 telah pun dikeluarkan. Buat kali ini, pusingan di Mexico dan Finland tidak disertakan. Musim 2019 akan bermula pada tarikh yang lebih awal.
Paten Yamaha untuk transmisi “seamless” kegunaan jalan raya bagi model YZF-R1 telah tersebar di atas talian. Transmisi lancar ini merupakan satu revolusi sewaktu Honda memperkenalkannya pada jentera MotoGP mereka. Transmisi ini direka bagi memberikannya pacuan yang ‘lancar’.
BMW Motorrad Malaysia telah menyebarkan harga model mereka dengan SST. SST (Cukai Perkhidmatan & Jualan) telah berkuatkuasa bermula 1 September 2018. Kadarnya telah ditetapkan pada 10%.
Kami telah berbicara dengan Idon Pang, Pengurus Selepas Jualan untuk GB Workshop, pusat perkhidmatan selepas jualan rasmi buat Aprilia, Moto Guzzi, dan Vespa Malaysia mengenai juruteknik bertauliah. Idon tekankan yang adanya kekurangan juruteknik bertauliah dalam pasaran. Lebih-lebih untuk motosikal yang kini semakin lama semakin kompleks kerana kelengkapan elektroniknya.
KTM sedang dalam pengemaskinian dan pengenalan model-model terbaru dalam kebanyakan rangkaian motosikal mereka. Terbaru yang akan dikemaskini adalah model 1050/1090 Adventure. Motosikal baharu itu mungkin sekali bakal dipertingkatkan dengan 1150cc selain daripada pelbagai kemaskini teknologi yang lain.
Harley-Davidson Petaling Jaya telah menganjurkan HOG PJ Breakfast Ride ke Kodai Sarapan D’Sawah di Kuala Pilah semalam. Sekitar 80 orang penunggang ahli kumpulan HOG PJ telah menyertai keraian ini. Destinasi sarapan pagi yang terkenal itu telah dipilih atas sebab makanannya yang hebat dan terletak berdekatan dengan sawah padi yang cantik, dikelilingi latar belakang yang bergunung-ganang.
Kawasaki telah mengemaskini model Kawasaki Ninja ZX-10R 2019 bagi menghasilkan lebih banyak kuasa kuda. Pengemaskinian tertumpu pada valvetrain dan mengurangkan jisim bergerak. Pengemaskinian ini menunjukkan kesungguhan Kawasaki dalam mengekalkan dominasi mereka di siri perlumbaan World Superbike.