Mini Cub Prix KBS Dilancarkan Bagi Menyokong Pembangunan Sukan Perlumbaan Motosikal Di Peringkat Akar Umbi

Kejohanan Cub Prix Malaysia dengan secara rasminya telah melancarkan siri perlumbaan Mini Cub Prix KBS. Siri perlumbaan motosikal ‘pocket bike’ satu model ini adalah dengan kerjasama serta sokongan dari Kementerian Belia dan Sukan. Ianya bertujuan untuk membangunkan tahap perlumbaan motosikal di peringkat akar umbi dengan bakat muda berusia 6-12 tahun.

Ducati Scrambler Icon 2019 Diperkenalkan!

Ducati Scrambler Icon 2019 telah diperkenalkan dengan pelbagai kemaskini yang berbeza. Antara kemaskininya adalah panel sisi aluminium baharu, lampu hadapan, pelana leper baharu, atur cara suspensi yang diperbaharui, dan lain-lain. Scrambler Icon baharu ini akan mula disediakan pada bulan November dalam dua pilihan warna; Atomic Tangerine dan Classic ’62 Yellow.

Moto2: MV Agusta Batalkan Kontrak Moto2 2019 Romano Fenati

Giovanni Castiglioni telah mengumumkan yang mereka akan membatalkan kontrak Romano Fenati bersama MV Agusta bagi Kejohanan Moto2 2019. Fenati telah menimbulkan kontroversi setelah menggenggam tuil brek hadapan Stefano Manzi sewaktu GP San Marino. Fenati telah dikenakan penggantungan sebanyak dua perlumbaan tetapi ramai yang merasakan yang dia patut diharamkan dari perlumbaan motosikal sama sekali.