Panggilan Semula Keselamatan Buat Kawasaki Ninja H2 SX SE Dan Kawasaki Ninja H2 SX

Kawasaki telah mendapati bahawa tongkat tengah bagi model Ninja H2 SX SE serta Ninja H2 SX longgar, berkemungkinan akibat kimpalan yang kurang sempurna. Dan oleh kerana itu, mereka telah memfailkan panggilan semula keselamatan dengan badan NHTSA di Amerika Syarikat. Kedua-dua buah model ini belum lagi tiba di pasaran Malaysia buat masa ini, dan isu ini…

Jerangkap Samar Di Laluan Motosikal Hampir Memenggal Kepala Penunggang

Encik Afiq Izwan telah memuat naik status ke akaun Facebooknya bahawa dia telah menjadi mangsa sebuah jerangkap samar di laluan motosikal. Seutas tali pancing telah dipasang merentasi laluan motosikal, mencederakan lehernya dan merosakkan helmetnya. Lokasi kejadian ini adalah berhampiran dengan susur keluar Lebuhraya DUKE ke Taman Rowther dan Taman Koperasi Polis 1, Gombak.

Demak (DNC Asiatic) Memasuki Fasa Receivership, Menimbulkan Lebih Banyak Tanda Tanya

Demak (DNC Asiatic) kini telah memasuki fasa ‘receivership’ apabila Maybank cuba mendapatkan semula hutang yang telah mereka berikan. Ianya kini diketahui bahawa dua orang pengarah serta pengurus besar kilang di banting tidak dapat dikesan. Demak telah mengaut keuntungan sejak lima tahun yang lalu, walaupun memiliki beberapa buah liabiliti.

Kingz MG Melawat Harley-Davidson Petaling Jaya (HDPJ)

Sebagai salah satu cara mereka mengiktiraf dan menghargai para pemilik dan kelab pemilik Harley-Davidson di Malaysia, Harley-Davidson Petaling Jaya telah menjadi tuan rumah untuk acara konvoi dan pelbagai aktiviti. Kumpulan terkini yang telah berhimpun di HDPJ adalah Kingz MG sewaktu konvoi mereka menuju ke Pantai Timur. HDPJ telah memberi sokongan kepada konvoi ini dengan memberikan…

Naza Premira Perkenalkan Tiga Buah Model Vespa Edisi Terhad – Vespa 946 (RED), Vespa Sprint Carbon, dan Vespa Sei Giorni!

Naza Premira Sdn. Bhd. telah memperkenalkan tiga buah model skuter Vespa edisi terhad untuk pasaran Malaysia. Ianya terdiri daripada Vespa 946 (RED), Vespa Sprint Carbon, dan Vespa Sei Giorni. Harganya telah ditetapkan bermula dari RM17,400 (harga asas, tidak termasuk SST, cukai jalan dan insurans).