Adakah Ini BMW S 1000 RR 2019 Yang Baharu?

  • Imej hasilan yang menunjukkan sebuah motosikal yang kelihatan seperti BMW S 1000 RR 2019 telah tersebar di atas talian.
  • Berdasarkan gambar tersebut, model 2019 ini bercirikan reka bentuk serba baharu yang lebih lancar dan mengalir.
  • Sumber-sumber mengandaikan bahawa motosikal ini akan tampil dengan lebih kuasa dan diterapkan dengan teknologi berinspirasikan MotoGP.

Imej hasilan yang menunjukkan apa yang mungkin sekali sebuah motosikal BMW S 1000 RR 2019 yang baharu telah pun tersebar di atas talian internet dan ramai orang telah mengatakan yang ianya bakal menjadi pemangkin perubahan dalam dunia motosikal superbike. Berdasarkan paten yang telah bocor, ada satu kemungkinan besar yang ia mungkin mampu melakukannya.

Jika diteliti dengan lebih dekat ke semua imej hasilan CAD yang kini tersebar luas di atas talian, kita dapat lihat ada bermacam-macam perubahan yang telah dirancang bagi motosikal superbike generasi yang berikutnya dari BMW Motorrad ini. Dengan reka bentuk serba baharu yang dibina dari asas, kita dapat lihat bahawa adanya perubahan yang ketara pada rupa paras S 1000 RR ini, terutamanya pada lampu hadapan bergandanya yang ikonik, yang mana ianya kini berbentuk simetri.

Gambar hasilan juga telah memperagakan reka bentuk yang lebih lancar berbanding model semasa yang tampil dengan rupa paras yang tajam dan agresif. Sub-rangka belakangnya juga tampak lebih bulat pada model 2019 itu, yang mana ia telah memberikan motosikal tersebut tarikan yang lebih tidak ketara dan lebih bercirikan ‘Jepun’, seperti model Kawasaki Ninja ZX-10R yang lebih tua.

Apa yang kami ketahui berdasarkan sesi tunggang uji kami dengan model BMW S 1000 RR 2018, adalah kami tidak boleh memandang ringan akan kebolehannya, lebih-lebih lagi dengan jumlah kuasa kuda yang tersedia di tapak tangan anda sebaik sahaja anda memulas pendikit kawalan elektroniknya itu. Sumber-sumber ada mengatakan bahawa akan ada sebuah enjin empat-selari 1,000cc yang lebih berkuasa telah dirancang untuk jentera tahun 2019 ini.

Ini dapat dilihat pada reka bentuk bekas enjin yang baharu yang telah ditunjukkan dalam gambar hasilan, yang mana turut mengandaikan yang BMW Motorrad mungkin sekali akan menerapkan teknologi berilhamkan MotoGP ke dalam pakej enjin yang amat mengujakan ini seperti aci engkol berputar berlawanan. Ini bermakna yang model 2019 akan mampu menangani selekoh dengan lebih baik dan prestasi yang dipertingkatkan dalam kawalan cengkaman dan juga agihan kuasa.

Pakej ekzos baharu juga dapat dilihat dalam gambar-gambar tersebut juga mengandaikan yang BMW Motorrad sedang mengusahakan sesuatu yang bakal meningkatkan lagi tahap keluaran kuasa enjin tersebut dan pada masa yang sama masih mematuhi piawaian emisi yang ketat.

Andaian ini hanyalah berdasarkan kepada gambar-gambar hasilan yang sedia ada pada saat ini, namun, mengetahui cara kerja BMW Motorrad, model BMW S 1000 RR 2019 yang baharu akan tampil dengan lebih banyak evolusi dalam pakejnya dan pasti akan bersedia menguasai jalan raya dan juga atas litar. Walau apa pun jua keadaannya nanti, kita hanya mampu tunggu sehingga hujung tahun bagi pengenalan rasminya sama ada sewaktu EICMA atau INTERMOT.

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini segenap dunia permotoran.

BMW Motorrad Malaysia Dedahkan Harga Baharu Dengan SST

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.