Masters of Dirt All In Tour 2018 Bakal Tiba Pada Bulan Oktober!

  • Masters of Dirt All In Tour 2018 telah bersedia untuk menggegarkan negara pada 13 Oktober 2018.
  • Pertunjukan sukan permotoran gaya bebas ekstrim akan diadakan di Axiata Arena bersempena dengan Hari Sukan Kebangsaan.
  • Tiket boleh didapati di laman MyTicket.Asia dari RM88-RM398.

Bersempena dengan Hari Sukan Kebangsaan yang akan berlangsung pada bulan hadapan, Axiata Arena akan menjadi tapak acara Masters of Dirt All In Tour 2018, atau juga dikenali sebagai “Pertunjukan Gaya Bebas Paling Mengujakan Dunia”.

Untuk kali pertama di benua Asia, acara ini mengambil kesempatan atas peningkatan tahap populariti sukan ekstrim dan jumlah penggemar yang semakin berkembang dalam negara di mana ianya bertujuan untuk menawan dan mengasyikkan para hadirin dalam bentuk pertunjukan sukan permotoran ekstrim.

Dianjurkan oleh Entertainmen Sports Group (ESG), bersama dengan Shiraz Projects, acara ini telah dijadualkan untuk mengambil tempat pada 13 Oktober 2018 di Axiata Arena di Bukit Jalil. Apakah yang bakal dipersembahkan oleh Masters of Dirt All In Tour 2018 ini?

Pelbagai jenis pertunjukan terdiri daripada motocross gaya bebas, ATV, balik kuang kereta bugi, ‘snowmobile’, BMX, MTD, semuanya dalam satu pertunjukan! Para pelagak ngeri bersama dengan jentera mereka akan berterbangan dan ianya pasti satu pertunjukan yang pasti tidak boleh anda lepaskan.

Lebih istimewa lagi, acara ini telah disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan, di mana ianya telah dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan sendiri, YB Syed Saddiq. Para hadirin juga berpeluang untuk memenangi bukan sekadar, atau dua, tetapi, EMPAT buah motosikal Ducati sewaktu pertunjukan itu! Akan ada persembahan yang lain bagi memastikan para hadirin mengalami pengalaman yang amat menyeronokkan.

Tiket boleh dibeli bermula pada harga RM88 sehinggalah ke harga RM398 melalui laman sesawang MyTicket.Asia. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layarilah laman www.facebook.com/mastersofdirt, atau, carilah mereka di laman Instagram dan Twitter dengan nama akaun @mastersofdirt.

Tunggang Uji Husqvarna 701 Supermoto