Tunggang Uji Husqvarna 701 Supermoto

  • Husqvarna 701 Supermoto membawa keseronokan perlumbaan supermoto ke atas jalan raya.
  • Supermoto menggabungkan gaya penunggangan tanah merah dengan gaya perlumbaan jalan raya, bermakna ianya sebuah motosikal yang amat lincah.
  • Menunggangnya teramatlah menyeronokkan.

Pakcik jiran sebelah rumah tersenyum dan mengangguk kepalanya. “Apa yang akan awak tunggang hari ini?” sambil dia menghampiri dan menilik motosikal Husqvarna 701 Supermoto berwarna putih, biru, dan kuning. Dia nampak seperti mahu keluar berjumpa dengan rakan-rakannya di kedai kopi untuk membincangkan hal ehwal semasa negara.

“Ianya sebuah supermoto, sebuah Husqvarna 701 Supermoto,” jawab penulis.

“Nampak macam moto yang orang bawak kat kebun cari durian kampung” jawabnya, jelas tidak tahu menahu langsung dengan apa yang digelar sebagai supermoto.

“Oh… Berapa harganya?”

Saya beritahunya harga dan bersiap sedia. Kerana saya tahu apa yang akan terjadi seterusnya.

“MAK AIH!! Baik beli SUV mini macam itu.”

“Betul, tetapi, motosikal lagi seronok.”

“Seronok? Seronok macam mana tu?”

Dan ini telah menimbulkan satu lagi persoalan. Apa yang kita maksudkan dengan “seronok” ini?

Kami terliur dengan motosikal Husqvarna 701 Supermoto ini sejak ini diperkenalkan kepada orang ramai pada penghujung tahun 2015. Walaupun ia tampak seperti sebuah motosikal KTM 690 SMC R yang dijenamakan semula (KTM telah pun memiliki Husqvarna sekarang), motosikal itu pada asalnya merupakan rekaan Husqvarna. Dan ia tampak jauh lebih menggiurkan dengan skema warna putih, biru, dan kuning Husqvarna.

Bagi tahun 2017/2018 ini, Husqvarna telah mengambil langkah yang betul dengan mengemaskini enjin seperti yang ada pada motosikal kebun ini.

Enjinnya bukannya diambil dari model 690 Duke, seperti mana yang dipercayai ramai, tetapi dari model 690 SMC R.

Kali pertama saya menunggangnya, saya tungganginya seperti mana saya menunggangi motosikal dirt bike: Dengan berhati-hati. Namun itu semua berubah sebaik sahaja saya menghampiri bulatan ’roundabout’ pertama. Tabiat penunggangan jalan raya saya mengambil alih tugas secara separa sedar dan saya menyondong memasuki selekoh. Motosikal ini membidas balik bagaikan sebuah basikal! Saya hampir terlanggar tebing ’roundabout’ itu.

Selepas itu, saya lebih berani. Untuk selekoh yang seterusnya, saya duduk menegak di sebelah luar selekoh, julurkan kaki saya dan kemudi motosikal tersebut menanganinya. Ia bertindak balas dengan serta merta pada arahan tersebut, namun tapak kasut but saya masih jauh dari terseret pada permukaan jalan raya.

Ada motosikal yang mana anda perlu berhati-hati dengan penggunaan pendikitnya, motosikal 701 Supermoto menggalakkan anda memulas semahunya. Dan dengan memulas pendikit 701 Supermoto ini, ia akan memperkayakan hidup anda.

Ini kerana enjinnya amat lancar sekali, tidak kiralah sama ada anda hanya sedang bersiar-siar, atau sedang memecut laju sewaktu pusingan terakhir. Halajunya meningkat dengan pantas namun tidaklah sehingga menakutkan anda, cukup sekadar untuk membolehkan anda meninggalkan trafik jauh di belakang.

Tetapi, jika anda mengemudi motosikal ini, anda tidak akan berasa ingin untuk bersiar-siar sahaja. Tidak, ianya sebuah motosikal yang mahu bergerak pantas, memecut laju. Anda bukan sahaja memecut laju meninggalkan trafik jauh di belakang. Tekanan, kebimbangan, dendam, sebarang ketidakpuasan hati mahu pun masalah akan jauh ditinggalkan di belakang dengan satu pulasan kemas pendikitnya.

Ianya bukan sahaja selekoh medium dan panjang yang motosikal ini boleh tangani dengan hebat, tetapi juga selekoh tajam di persimpangan atau pun selekoh dengan sudut yang kecil, kerana menukar sudut condong boleh dilakukan tanpa perlu (terlalu banyak) analisis.

Dengan erti kata lain, ianya agak mustahil untuk menjadi penunggang yang berhemah di atas motosikal ini. Saya berasa amat bersalah sehinggakan saya serahkan motosikal ini kepada Sep dan Oh Kah Beng untuk menikmati keseronokan menunggangnya.

“Cukup sukar untuk menunggang dengan berhemah di atas motosikal ini,” ujar Sep, “dan ianya juga pantas. Pulas pendikitnya dengan keras sedikit dan pantas ia meluncur laju, hampir dua kali ganda had kelajuan.”

Sifu MX kami, “Foreman” Oh Kah Beng menunggang motosikal ini di fasiliti Most Fun Gym miliknya menggunakan tayar jalan raya standard. “Lagi pun, kami gunakan tayar jalan raya dalam perlumbaan supermoto,” ujarnya.

“Seronok betul motosikal Husky 701 Supermoto ini!” katanya. “Saya boleh lakukan macam-macam benda atas motosikal ini, sama ada di atas jalan raya berturap atau tanah merah.”

Faktor keseronokan juga datang dari enjinnya yang tidak terlalu menakutkan, yang bermakna anda boleh menunggang motosikal ini sepenuh potensinya. Betul, sebuah motosikal 160hp pastinya lebih pantas, namun mencapai potensi tersebut selalunya penuh dengan bahaya. Motosikal 701 ini sebuah motosikal yang mengatasi cara penunggangan yang biasa dilakukan, yang memerlukan konsentrasi yang tinggi. Ia membolehkan anda untuk menunggang mana-mana cara yang anda mahu, malah, mampu melakukan aksi yang agak mustahil seperti sudut condong yang amat tirus dan kebolehan menangani sebarang selekoh tajam.

Kesimpulannya, motosikal Husqvarna 701 Supermoto ini adalah sebuah motosikal yang teramatlah seronoknya. Benar, ianya mahal, namun ianya amat berbaloi sekali.

Jadi, apa yang dimaksudkan dengan seronok? Keseronokan itu adalah apabila anda perlu risau mengenai motosikal ini dan menunggangnya sepenuh hati anda. Hanya anda dengan motosikal sahaja. Tiada yang lain mengganggu minda.

Oh Kah Beng, Sunny, William, Jack, Dato’ Eric, Dino, Marcus, Gabit, sekarang saya tahu mengapa kamu semua cukup ceria sepanjang masa!

Saya harap yang pakcik jiran saya itu menunggang, kerana jika dia menunggang, dia boleh menunggang ke kedai kopi untuk melepak dengan teman- temannya dan kongsikan maksud ‘seronok’ sewaktu menghirup kopi o’.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook rasmi Husqvarna Motorcycles Malaysia, atau kunjungi mereka di lokasi di bawah.

Husqvarna Malaysia: No 21, 109, Seksyen U8,, Jalan Ruang, U8 Shah Alam, 40150 Shah Alam, Selangor

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.