Ketika pengeluar dua roda lain yang sudah memulakan projek elektrik, Husqvarna juga enggan ketinggalan apabila mendedahkan E-Pilen, motosikal elektrik sulung syarikat itu.
![](https://motomalaya.net/blog/wp-content/uploads/2021/04/Husqvarna-E-Pilen-Concept-4-1024x678.jpg)
Berdasarkan rekaan, Husqvarna E-Pilen jelas menampilkan elemen rekaan sama seperti yang terdapat pada Svartpilen dan Vitpilen.
![](https://motomalaya.net/blog/wp-content/uploads/2021/02/2021-Husqvarna-Svartpilen-125-5-1024x683.jpg)
Seperti motosikal elektrik lain, E-Pilen juga memperlihatkan rekaan panel yang sama di bahagian tengah, bagi memuatkan tiga pek bateri.
![](https://motomalaya.net/blog/wp-content/uploads/2021/04/Husqvarna-E-Pilen-Concept-2-1024x701.jpg)
Meskipun tiada info mengenai bateri yang diguna pakai namun berdasarkan saiz motosikal tersebut, bateri terbabit mungkin hanya menawarkan 1.5kWh setiap satu.
![](https://motomalaya.net/blog/wp-content/uploads/2021/04/Husqvarna-E-Pilen-Concept-3-1024x706.jpg)
Melihat kepada rekaan (konsep) E-Pilen ini, jelas Husqvarna membina jentera tersebut bagi kegunaan kawasan bandar dan bukannya untuk tunggangan jarak jauh.
Menurut Husqvarna, E-Pilen mampu pergi sejauh 100km sebelum perlu mengecas semula bateri.