Suzuki GSX-S1000 Serba Baharu Diperkenalkan – Enjin Euro 5, 150HP!

Suzuki melancarkan GSX-S1000 serba baharu, enam tahun selepas generasi pertama diperkenalkan pada 2015.

Bagi tahun 2021, model generasi kedua tampil dengan rekaan serba baharu selain daripada menerima pelbagai naik taraf terkini sekaligus merevolusikan segmen motosikal ‘streetfigter’.

Aspek paling menonjol adalah susunan lampu depan jenis LED heksagon sekaligus membuatkan GSX-S1000 ini lain dari yang lain.

Rekaan yang lebih tirus dan minimalis digabungkan bersama rekaan tangki 19L serba baharu menghadirkan konsep reka bentuk yang lebih segar.

Jurutera di Hamamatsu turut melaksanakan kemas kini terhadap enjin 999cc 4-inline yang kini mencapai standard Euro 5 dan kini menawarkan 150hp pada 11,000rpm berbanding 143hp pada generasi pertama.

Suzuki GSX-S1000 2021 ini juga menyalurkan tork seawal RPM rendah dan pertengahan bagi menjaminkan tunggangan yang lebih lancar.

Antara naik taraf lain yang dilakukan termasuk, intake baharu, camshaft ekzos dengan profil cam baharu, valve spring baharu dan kotak udara baharu.

Model baharu ini juga tampil dengan pelbagai ciri elektronik terkini membabitkan:

  • Suzuki Intelligent Ride System (SIRS)
  • Suzuki Drive Mode Selector (SDMS)
  • Suzuki Clutch Assist System
  • Quickshifter
  • Traction Control dengan lima mod berbeza
  • Suzuki low-rpm assist

Model ini turut didatangkan dengan paparan LCD digital yang sama terdapat pada GSX-R1000.

Generasi kedua GSX-S1000 ini juga datang dengan handlebar 23mm lebih lebar dan 20mm lebih dekat dengan penunggang sekaligus meningkatkan keselesaan sewaktu menunggang.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • fork depan boleh laras (preload/rebound) dari KYB
  • cakera brek depan 310mm dengan kaliper monobloc Brembo
  • tangki 19L

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.