Ke Semua Ducati Panigale V4 S Edisi “Race of Champions” Telah DIJUAL

  • 13 buah motosikal Ducati Panigale V4 S yang digunakan dalam Race of Champions sewaktu World Ducati Week 2018 telah habis terjual.
  • Dilelong dalam laman sesawang eBay, jentera dengan komponen istimewa yang datang dengan kemasan grafik perlumbaan yang digunakan oleh para penunggang Ducati dalam MotoGP dan WorldSBK.
  • Motosikal yang dikemudi oleh Troy Bayliss telah menerima bidaan tertinggi pada harga €120,000 (RM567,600)!

Festival World Ducati Week 2018 (WDW 2018) baru sahaja berakhir pada bulan lepas, di mana ribuan penggemar jenama Ducati dari seluruh dunia telah berkumpul bagi pesta 2 hari di Misano, Itali. Salah satu tarikan utama tahun ini sudah semestinya Race of Champions, di mana para penunggang terkemuka Ducati bertanding di atas jentera Ducati Panigale V4 S 2018 yang amat seksi.

12 Buah Motosikal Ducati Panigale V4 S Kemasan Grafik Perlumbaan Akan Dilelong!

Motosikal-motosikal berkenaan bukan motosikal Ducati Panigale V4 S yang sebarangan. Ditala khas untuk perlumbaan, 13 buah motosikal edisi khas telah direka dan dikemudi oleh sekumpulan penunggang Ducati yang menakjubkan, antaranya adalah Andrea Dovizioso, Jorge Lorenzo, Michelle Pirro, Jack Miller, Danilo Petrucci, Tito Rabat, Karel Abraham, Troy Bayliss, Chaz Davies, Marco Melandri, Xavi Fores, dan Michael Rinaldi (Chaz Davies terpaksa menyaksikan perlumbaan dari pit akibat kecederaan).

Michelle Pirro telah memenangi perlumbaan berkenaan dengan penuh bergaya sekali, tetapi, apa yang lebih menakjubkan adalah ke semua 13 buah jentera tersebut telah dilelong di laman eBay bagi mereka yang bernasib baik dapat membeli dan memiliki jentera yang amat istimewa (yang telah dikemudi oleh penunggang terkemuka Ducati!) bersempena dengan WDW 2018. Ke semua 13 buah motosikal itu telah pun terjual!

Ducati telah menerima lebih daripada 7,000 bidaan atas talian dan motosikal yang mendapat bidaan tertinggi adalah motosikal yang telah ditunggangi oleh Troy Bayliss. Pembida tertinggi dan pemenang lelongan tersebut telah membelanjakan sejumlah €120,000, yang mana nilai pertukaran secara kasarnya berjumlah RM567,600! Pasti ramai yang beranggapan ianya satu jumlah yang teramat besar, namun begitu, pemiliknya barunya juga akan dihadiahkan dengan rangkaian komponen perlumbaan istimewa yang telah digunakan oleh penunggang tersebut dalam Race of Champions.

Jentera ini bercirikan kemasan grafik eksklusif yang khusus bagi setiap seorang penunggangnya dengan skema warna yang dipadankan dengan jentera perlumbaan yang digunakan mereka dalam siri perlumbaan MotoGP dan WorldSBK. Bagi menjadikannya lebih istimewa, satu lencana tertera dengan nama serta nombor perlumbaan penunggang telah diletakkan pada stereng, beserta dengan tangki bahanapi bertandatangan, dan juga sijil pengesahan supaya anda boleh mempamerkan kepada sahabat anda, jentera yang amat istimewa ini.

Jentera Ducati Panigale V4 S yang dikemudi oleh Andrea Dovizioso, Marco Melandri, Jorge Lorenzo, dan Michelle Pirro telah dijual pada harga antara €40,000 hingga €62,400 (RM189,000 hingga RM295,000), diikuti dengan motosikal yang dibina untuk Jack Miller, Chaz Davies, Tito Rabat, Xavi Fores, Karel Abraham, Michael Rinaldi, dan Xavier Simeon.

Kami telah berpeluang menunggang uji model standard Ducati Panigale V4 sewaktu acara Ducati Riding Experience (DRE) Racetrack Academy yang telah diadakan pada bulan Jun yang lalu dan kami cukup kagum akan kebolehan jentera hebat ini. Kami yakin yang ke semua 13 buah motosikal edisi khas yang lengkap dengan komponen perlumbaan dan kemasan grafik perlumbaan yang khusus untuk setiap seorang penunggang tersebut jauh lebih menakjubkan buat pemilik baharu mereka.

Sumber imej: Ducati

Ducati Red Weekend 3.0 Bakal Tiba 4 Dan 5 Ogos 2018

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.