SC Premium Kawasaki GT World Ninja Shop Dibuka Secara Rasmi

  • Kawasaki Motors (Malaysia) telah menambah satu lagi cawangan Kawasaki GT World Ninja Shop.
  • Fasiliti yang terbaru itu diuruskan oleh SC Premium Bikes Sdn. Bhd. dan terletak di Bandar Sunway.
  • Cawangan ini juga dilengkapi dengan Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki. (Kawasaki Exclusive Service Centre).

Peminat, pelanggan dan pemilik motosikal Kawasaki kini ada satu tempat baharu yang boleh mereka tujui di Bandar Sunway, dengan pembukaan rasmi cawangan Kawasaki GT World Ninja Shop dan Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki (Kawasaki Exclusive Service Centre – KESC) milik SC Premium Bikes Sdn. Bhd.

Oleh kerana Kawasaki GT World Ninja Shop ini merupakan kedai konsep utama, para pelanggan akan disediakan dengan sebuah pusat satu hentian untuk melihat dan mendapatkan motosikal Kawasaki terkini, serta membeli barangan dan kelengkapan menunggang terbaru.

Selain itu, perkhidmatan selepas jualannya disokong penuh dengan adanya Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki (KESC). KESC akan membekalkan kepakaran dan alatan yang perlu bagi menyelenggara dan membaiki motosikal kesayangan pelanggan, selain memastikan yang hanya aksesori dan alat ganti tulen sahaja yang akan digunakan dalam penyelenggaraan dan pembaikpulihan.

Sewaktu upacara pembukaan besar-besarannya, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. (KMMSB) telah memberi jaminan yang mereka akan terus membangunkan semangat “ONE KAWASAKI” di kalangan pemilik motosikal Kawasaki, wakil pengedar, serta pembekal, sejajar dengan falsafah pengeluar, “Let the Good Times Roll”.

SC Premium Bikes Sdn. Bhd. adalah satu nama yang cukup dikenali di kalangan pemilik motosikal berkapasiti tinggi di sekitar Lembah Klang sebagai penala prestasi motosikal. Malah, mereka adalah antara yang bengkel motosikal yang pertama dalam negara yang menyediakan khidmat penalaan enjin elektronik.

Akhir sekali, seiring dengan semangat ‘hijau’ Kawasaki, fasiliti SC Premium ini menggunapakai teknologi hijau dalam operasi hariannya. Ianya merupakan Kawasaki GT World Ninja Shop yang pertama menggunakan tenaga solar bagi menjana bekalan tenaga elektrik untuk peralatan pejabat dan pencahayaan.

Sila layari laman Facebook SC Premium Bikes Sdn. Bhd. dan Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. untuk maklumat lanjut.

GALERI GAMBAR

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]