Betul Ke ‘Winglet’ Ducati Sekadar Menyejukkan Tayar?

Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso mendominasi saingan pembukaan MotoGP di Litar Losail,Qatar namun sebaik perlumbaan berakhir, empat pasukan telah menyatakan bantahan terhadap kemenangan tersebut. Segalanya berpunca daripada ‘winglet’yang diletakkan di bahagian depan tayar belakang. Ducati mempertahankan penggunaan alat itu dengan alasan alat tersebut bertindak menyejukkan tayar bagaimanapun, pasukan yang menyatakan bantahan berpendapat ‘winglet’tersebut menghasilkan ‘downforce’ –…

GP Qatar: Dovizioso Ketepikan Cabaran Marquez Dalam Aksi Pembukaan

Andrea Dovizioso memulakan aksi pembukaan MotoGP 2019 dengan kemenangan di GP Qatar selepas berjaya mengetepikan cabaran sengit oleh pertahan juara, Marc Marquez. Bermula di petak kedua, Dovizioso berjaya memintas pelumba di petak utama, Maverick Vinales sebaik melalui selekoh pertama. Marquez turut bermula dengan baik sekaligus memulakan perebutan tempat pertama bersama Dovizioso. Percubaan berani Marquez di…

GP Qatar: Vinales Bermula Di Petak Depan

Pelumba Yamaha, Maverick Vinales berjaya merebut petak utama bagi aksi pembukaan saingan MotoGP 2019 di Qatar selepas mengungguli sesi kelayakan penuh drama. Vinales meneruskan aksi mantap dari ujian pra-musim di Litar Losail untuk menewaskan wakil Ducati, Andrea Dovizioso dengan perbezaan 0.198 saat sementara juara bertahan, Marc Marquez terpaksa akur dengan kedudukan ketiga. Jorge Lorenzo –…

ARRC: Azlan Shah Ungguli Kategori ASB1000

Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman daripada pasukan ONEXOX TKKR SAG berjaya mengungguli pusingan pertama Kejohanan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang selepas menjuarai kategori ASB1000 hari ini. Ini adalah kali pertama kategori ASB1000 dipertandingkan dalam saingan ARRC. Meskipun berdepan saingan sengit daripada pelumba Thailand, Thitipong Warakorn (Kawasaki Thailand Racing Team) namun ketenangan ditonjolkan Azlan…

Adakah Ini BMW S 1000 RR 2019 Yang Baharu?

Imej hasilan yang menunjukkan sebuah motosikal yang kelihatan seperti BMW S 1000 RR 2019 telah tersebar di atas talian. Berdasarkan gambar tersebut, model 2019 ini bercirikan reka bentuk serba baharu yang lebih lancar dan mengalir. Sumber-sumber mengandaikan bahawa motosikal ini akan tampil dengan lebih kuasa dan diterapkan dengan teknologi berinspirasikan MotoGP.