ads

Tunggang Uji BMW S 1000 R 2018 – “Badang Bavaria”

  • Motosikal BMW S 1000 R adalah versi ‘roadster’ bagi model BMW S 1000 RR yang mengagumkan.
  • Ia telah ditala khusus untuk penunggangan jalan raya tetapi tidak terasa kekok di atas litar lumba.
  • Ditetapkan pada harga RM82,006.32 (harga asas beserta 0% GST).

Benar, model BMW S 1000 R 2018 adalah versi model BMW S 1000 RR yang amat menggiurkan (iaitu naked), namun, saya lebih terasa seperti berada dalam dunia filem “Real Steel”.

Dalam filem itu, peninju manusia telah digantikan dengan robot. Dan seperti mana dengan sukan kompetitif yang lain, apa yang bermula sebagai satu idea yang mudah telah menjadi satu perusahaan yang dimonopoli oleh satu syarikat gergasi, yang akan melakukan apa sahaja untuk kekal sebagai juara. Dalam mencapai matlamat mereka itu, mereka telah menghasilkan robot-robot yang semakin canggih, dan robot-robot yang datang sebelumnya menjadi lapuk, terbiar.

Dan sebagai mana cerita-cerita hero tertindas yang lain, anak kepada watak protagonis ini telah menjumpai sebuah robot teman bertinju yang telah ketinggalan dari segi teknologi, dan telah menamakan robot tersebut, “Atom”. Robot teman bertinju, seperti mana teman bertinju dalam sukan bertinju, terpaksa berdepan dengan hentaman peninju utama dalam usaha peninju utama itu mengecapi kegemilangan.

Atom pula, adalah sebuah robot teman bertinju yang ringkas sahaja, dibina untuk satu tujuan sahaja.

Model S 1000 R telah diperkenalkan untuk kali pertamanya pada tahun 2014 bagi melengkapkan lagi rangkaian motosikal lumba ‘inline-Four’ BMW Motorrad, yang diterajui oleh motosikal superbike S 1000 RR.

Tunggang Uji BMW S 1000 RR 2018 – “Mahakarya Jerman”

Anda boleh kata yang model S 1000 R ini adalah versi S 1000 RR yang telah diringkaskan, dan ianya tidak salah, kerana kedua-dua model ini berkongsi komponen yang sama, namun, BMW berniat menjadikan S 1000 R sebagai sebuah ‘roadster’ jalan raya.

Pertama sekali, enjinnya telah ditala untuk jangkauan tork yang lebih rendah ke sederhana (macamlah talaan S 1000 RR tidak cukup berdaya kilas), menjadikannya amat berguna untuk penunggangan jalan raya. 160hp yang dihasilkan model S 1000 R ini dicapai pada 11,000rpm dan 112Nm tork pada 9,250rpm, manakala bagi model RR pula, 199hp yang boleh dikecapi pada 13,500rpm dan 113Nm tork pada 10,500rpm.

Keduanya, versi yang kami uji ini telah ditetapkan pada tatarajah asasnya, bermakna ia dilengkapi dengan mod tunggangan Rain dan Road sahaja, tiada suspensi elektronik Dynamic Damping Control (DDC). Bagaimana pun, Race ABS dan Automatic Stability Control (ASC), beserta dengan quickshifter dan kawalan bersiar dilengkapkan sebagai standard.

Perkara pertama yang anda sedari adalah tahap ergonomiknya. Palang pemegang yang lebar mendatar ditetapkan pada paras yang rendah namun bukan pada posisi yang memaksa anda untuk meregang jauh untuk mencapainya. Bahagian belakang dan hadapan badan saya terasa amat santai sekali sebaik sahaja saya melabuhkan punggung ke atas pelananya.

Dan seperti mana yang sering anda dapati pada enjin ‘inline-Four’ dalam rangkaian S ini, penjana tersebut melahu dengan satu nada simfoni bahagiannya yang menghasilkan gerakan ke hadapan. Satu sentuhan lembut pada tuil gear memasukkannya dalam gear satu, manakala klacnya pula mula menambah kuasanya dalam gaya yang linear.

Memulas pendikitnya melebihi daripada setengah menghasilkan lonjakan ke hadapan yang dijangkakan dan mengukir senyuman di bibir anda. Ia meluru ke hadapan dengan keras, namun tidaklah sehingga akan menakutkan anda seperti mana motosikal lumba naked kelas terbuka yang lain.

Kami telah menunggang bermacam jenis motosikal dalam pasaran yang dilengkapi dengan quickshifter, namun, “shift assistant” BMW ini kekal paling unggul, jika tidak dari segi teknikal, ianya dari segi emosi. Setiap pertukaran gear dikerjakan dengan pantas, dan yang labih penting lagi, jitu, tanpa henggutan yang kasar. Dan bunyi “pop” dari ekzosnya cukup mengasyikkan. Cukup mudah untuk terasa ketagih dengan bunyi tersebut hinggakan anda akan selalu awal dalam menukar gear semata-mata ingin mendengar alunan tersebut.

Dan ya, bantuan menukar gear itu juga berfungsi untuk penurunan gear. Enjinnya tidak merenggut kuat sewaktu anda menurunkan gearnya, dan kelengkapan elektronik enjin tersebut berfungsi dengan baik sekali bersama dengan klac ‘slipper’ bagi memberikan pertukaran gear tanpa senggutan, tanpa anda perlu menyentuh tuil klac sekalipun.

Gerakan ke hadapannya teramatlah linear, dan model S 1000 R ini memecut laju dengan begitu bersahaja hinggakan satu-satunya tanda yang anda sedang bergerak pantas adalah ketika anda mulai meninggalkan trafik jauh di belakang anda.

Untuk menghiburkan diri, perlahankan kelajuan sehingga 60km/j dalam gear keenam, kemudian, pulas sepenuh pendikitnya. Sesetengah motosikal yang pernah kami tunggangi akan terhenggut macam teksi lama pada waktu ini. Tetapi, model S 1000 R terasa seperti menghasilkan NOS dari udara yang disedut masuk dan memacunya pantas ke hadapan. Jika anda kekalkan pulasan pendikit buat beberapa saat, anda akan mencecah kelajuan melebihi 200km/j. 60 hingga 200km/j dalam masa beberapa saat.

Jika kelajuan garis lurus itu cukup menakjubkan, anda pasti terkesima dengan kebolehan menyelekohnya.

Memasuki selekoh tajam sebelah kanan selepas Lebuhraya MEX menuju Bukit Jalil, suspensi motosikal ini membuatkan tayarnya mendekam keras. Sebaik sahaja tayar hadapannya mula menolak naik semula, anda sudah boleh memulas kembali pendikitnya.

Menyelekoh motosikal S 1000 R ini menimbulkan satu ketagihan: Bermula dengan membrek, kelengkapan Brembonya mencengkam keras dengan tarikan satu jari sahaja! Enjinnya terhenggut sewaktu penurunan gear. Kemudiannya palang pemegangnya yang lebar itu menterjemah usaha memandu arah saya menjadi usaha untuk menyondong dengan serta merta. Selepas itu,pembrekan enjin diimbang dengan baik bagi membekalkan kelajuan bergerak lancar sewaktu pertengahan selekoh. Ekzosnya mengeluarkan bunyi “POP” yang kuat sebaik sahaja saya tiba di apeks selekoh dan ianya pada waktu ini tayar hadapannya mulai menolak semula, menandakan masa untuk memulas pendikit. Motosikal bertindak balas pada aksi pendikit berterusan dan mula untuk berdiri tegak kembali secara semulajadi. Sejurus selepas itu, kami memecut laju meninggalkan selekoh manakala kaki kiri menukar ke gear berikutnya, dan yang berikutnya, dan yang seterusnya, di samping menikmati bunyian pop dan deruman enjinnya itu.

Kepuasan yang serta merta. Tidak perlu belikannya bunga, coklat, barang kemas, atau makan malam untuknya.

Dan ianya bukan hanya mengenai memacu S 1000 R dengan pantas, jika itu sahaja tujuannya, tidak bermaknalah BMW untuk menukar S 1000 RR menjadi sebuah roadster.

Penunggangan harian di atas jentera ini terasa amat seronok kerana ia memiliki segalanya: Pemecutan, brek, pemanduan arah yang mudah, kelincahan, dan keselesaan (bagi sebuah motosikal lumba naked). Ianya jimat bahanapi jika anda menunggangnya pada halaju yang cermat. Model S 1000 R yang baharu ini menampilkan perwatakan yang lebih sopan dalam trafik, walaupun ianya terasa seperti saya menekan butang pantas ke hadapan bersilih ganti sewaktu saya menambah keagresifan penunggangan saya.

Sejujurnya, S 1000 R ini menjadi motosikal kegemaran saya dalam rangkaian S BMW ini. Walaupun saya cukup suka akan kecanggihan teknologi dalam motosikal, saya tidak kisah jika dengan hanya jumlah yang kecil sahaja. Selain itu, had model S 1000 R ini lebih mudah dicapai, terutamanya bagi mereka yang tidak kerap menunggang di atas litar. Tidak, ianya tidak bermakna anda akan bosan dengannya, tetapi, anda boleh terima yang ianya sisi menarik motosikal ini dan hargai fakta yang anda seorang penunggang yang baik di atas sebuah motosikal yang bagus, dan bukannya memiliki motosikal yang bagus tetapi tidak pasti sama ada anda seorang penunggang yang berkemahiran.

Ini tidak bermakna saya memperkecilkan motosikal S 1000 RR dan S 1000 XR, namun, model S 1000 R ini lebih praktikal untuk kegunaan harian, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai kaki yang pendek seperti penulis.

Ada apa-apa yang saya tidak suka? Ya, sudah semestinya. Deruan yang sering kali didengari pada rangkaian S 1000 masih lagi ada, namun anda akan terbiasa dengannya.

Dalam filem “Real Steel”, protagonisnya telah berjaya membawa robot teman bertinju yang ringkas itu, dengan teknologi yang ketinggalan zaman, yang telah mereka jumpai di tapak pembuangan, ke pertarungan merebut kejuaraan menentang robot juara. Dan ia hampir-hampir mengalahkan juara yang amat canggih itu, dengan mempergunakan kelebihan teknologi robot juara tersebut yang sebenarnya merupakan kelemahannya.

Semua orang suka akan cerita hero yang tertindas, seperti BMW S 1000 R 2018.

2018 BMW S 1000 R

ENGINE
ENGINE TYPE 4-stroke, DOHC, liquid-cooled, inline-Four
DISPLACEMENT 999 cc
BORE x STROKE 80.0 mm x 49.7 mm
POWER 160 hp (118kW) @ 11,000 RPM
TORQUE 112 Nm @ 9,250 RPM
COMPRESSION RATIO 12.0:1
TRANSMISSION Constant mesh, 6-speed with straight-cut gears
FUEL SYSTEM Electronic fuel injection with ride-by-wire throttle
CLUTCH Multiple-plate wet clutch, anti-hopping, cable-operated
CHASSIS
FRAME Aluminium composite bridge frame, partially self-supporting engine
FRONT SUSPENSION Upside-down telescopic ø 46 mm forks, adjustable for compression and rebound damping
REAR SUSPENSION Monoshock, adjustable for rebound damping
SUSPENSION TRAVEL FRONT/REAR 120mm / 120 mm
FRONT BRAKE 2 X Radially-mounted 4-piston Brembo calipers, ø 320 mm floating discs
REAR BRAKE 1 X Single-piston caliper, ø 220 mm brake disc
ABS BMW Motorrad Race ABS
TIRES FRONT/REAR 120/70 ZR-17; 190/55 ZR-17
STEERING HEAD ANGLE 24.6o
TRAIL 98.5 mm
WHEEL BASE 1,439 mm
SEAT HEIGHT 814 mm
FUEL TANK CAPACITY 17.5 litres
WEIGHT (READY TO RIDE) 207 kg

Leave a Reply