GP Qatar: Dovizioso Ketepikan Cabaran Marquez Dalam Aksi Pembukaan

Andrea Dovizioso memulakan aksi pembukaan MotoGP 2019 dengan kemenangan di GP Qatar selepas berjaya mengetepikan cabaran sengit oleh pertahan juara, Marc Marquez.

Bermula di petak kedua, Dovizioso berjaya memintas pelumba di petak utama, Maverick Vinales sebaik melalui selekoh pertama.

Marquez turut bermula dengan baik sekaligus memulakan perebutan tempat pertama bersama Dovizioso.

Percubaan berani Marquez di selekoh terakhir berjaya menempatkan dirinya dihadapa Dovizioso namun pelumba Itali itu memiliki cengkaman yang lebih baik sekaligus kembali memintas untuk melepasi garisan penamat terlebih dahulu diikuti Cal Crutchlow ketiga.

Lebih menarik, keputusan tersebut merupakan pengulangan kepada perlumbaan sama setahun yang lalu.

Krediti foto: Twitter MotoGP

Sementara itu, Vinales gagal memulakan perlumbaan dengan baik apabila mudah jatuh ke kedudukan keenam dengan wakil Suzuki, Alex Rins dan Joan Mir melakukan pecutan lebih baik.

Jack Miller turut bermula dengan baik namun ekoran masalah tempat duduk, dia terpaksa menarik diri daripada perlumbaan.

Ada masanya Rins mendahului kelompok perlumbaan namun jentera dinaikinya gagal menyaingi kepantasan Ducati dan Honda di garisan lurus sekaligus membenarkan Dovizioso dan Marquez merebut kemenangan pertama musim ini.

Keputusan penuh:

  1. Andrea Dovizioso (Ducati)
  2. Marc Marquez (Repsol Honda) +0.023secs
  3. Cal Crutchlow (LCR Honda) +0.320s
  4. Alex Rins (Suzuki Ecstar) +0.457s
  5. Valentino Rossi (Monster Energy Yamaha) +0.600s
  6. Danilo Petrucci (Ducati) +2.320s
  7. Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha) +2.481s
  8. Joan Mir (Suzuki Ecstar) +5.088s
  9. Takaaki Nakagami (LCR Honda) +7.406s
  10. Aleix Espargaro (Aprilia Racing Team Gresini) +9.636s
  11. Franco Morbidelli (Petronas Yamaha) +9.647s
  12. Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory Racing) +12.774s
  13. Jorge Lorenzo (Repsol Honda) +14.307s
  14. Andrea Iannone (Aprilia Racing Team Gresini) +14.349s
  15. Johann Zarco (Red Bull KTM Factory Racing) +15.093s

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.