ARRC: Azlan Shah Ungguli Kategori ASB1000

Kredit foto: Facebook ARRC

Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman daripada pasukan ONEXOX TKKR SAG berjaya mengungguli pusingan pertama Kejohanan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang selepas menjuarai kategori ASB1000 hari ini.

Ini adalah kali pertama kategori ASB1000 dipertandingkan dalam saingan ARRC.

Meskipun berdepan saingan sengit daripada pelumba Thailand, Thitipong Warakorn (Kawasaki Thailand Racing Team) namun ketenangan ditonjolkan Azlan Shah bersama jentera BMW S1000RR ternyata membawa perbezaan apabila berjaya memintas pencabarnya itu sebaik perlumbaan berbaki tiga pusingan terakhir.

Azlan Shah menamatkan perlumbaan 1.965 saat di hadapan Thitipong sementara tempat ketiga jadi milik pelumba Australia, Broc Parkes daripada pasukan Yamaha Racing Team.

Sementara itu, rakan sepasukan Azlan Shah, Farid Badrul Hisham menamatkan saingan di kedudukan keenam.

Berikut keputusan penuh perlumbaan:

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply