BMW Motorrad Malaysia Dedahkan Harga Baharu Dengan SST

  • BMW Motorrad Malaysia telah menyebarkan harga model mereka dengan SST.
  • SST (Cukai Perkhidmatan & Jualan) telah berkuatkuasa bermula 1 September 2018.
  • Kadarnya telah ditetapkan pada 10%.

BMW Motorrad Malaysia telah mengeluarkan senarai harga baharu untuk model-model mereka berikutan penerapan semula Cukai Perkhidmatan & Jualan (SST) yang telah mula dikuatkuasa pada 1 September 2018.

Seperti mana yang telah digariskan oleh Kementerian Kewangan, motosikal di bawah 250cc akan dikecualikan daripada SST, tanpa sebarang maklumat lanjut. Ini bermakna yang 10% SST akan dikenakan pada motosikal melebihi 250cc tidak kiralah sama ada ianya motosikal CKD (completely knocked-down – dipasang dalam negara), atau CBU (completely built-up – diimport sepenuhnya).

Sila rujuk rajah yang ada di bawah.

Secara umumnya, harganya telah meningkat berbanding sewaktu GST berada pada kadar 0%, namun, ianya lebih tepat lagi sekiranya kita membandingkan harga-harganya dengan sewaktu GST ditetapkan pada kadar 6%. Hampir ke semua model telah bertambah harganya di antara RM1,000 ke RM3,000 berbanding sewaktu penguatkuasaan 6% GST, tetapi, ada juga yang mana harganya kekal sama.

Apabila kami cuba mendapatkan komen BMW Motorrad Malaysia, mereka menyatakan yang “Kami ingin menjadikannya mampu dimiliki oleh semua.”

Mari kita lihat pada beberapa buah model utama.

Dalam kategori Sports, harga bagi motosikal superbike S 1000 RR yang teramat popular telah meningkat sebanyak RM7,000 berbanding sewaktu GST 0%, namun, jika dibandingkan dengan harga GST 6%, ianya hanya RM1,000. Model R 1000 RS meningkatkan sebanyak RM2,000.

Tunggang Uji BMW S 1000 RR 2018 – “Mahakarya Jerman”

Harga bagi rangkaian Touring, antaranya ialah model R 1200 RT dan varian K 1600 pula telah bertambah di antara RM2,000 hingga RM3,000 berbanding sewaktu GST 6%.

Tunggang Uji BMW R 1200 RT 2018

Bagi kelas Roadsters pula menyaksikan penambahan sehingga RM2,000, kecuali bagi model G 310 R, di mana harganya kekal pada RM26,900.

Untuk rangkaian Heritage pula, harga bagi rangkaian R nineT telah menyaksikan peningkatan sebanyak RM1,000, kecuali untuk varian R nineT Pure dan R nineT Racer.

Tunggang Uji BMW R nineT Racer – Rupa Mengatasi Segalanya

Bagi kategori Adventure, tempat di mana terletaknya model R 1200 GS, harga bagi motosikal BMW G 310 GS kekal tidak berubah pada RM29,900, manakala yang lain telah bertambah.

Tunggang Uji BMW G 310 GS

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply