Dorna Keluarkan Kalendar MotoGP 2019

Assen MotoGP 2018 – Sumber imej: MotoGP
  • Kalendar MotoGP bagi musim 2019 telah pun dikeluarkan.
  • Buat kali ini, pusingan di Mexico dan Finland tidak disertakan.
  • Musim 2019 akan bermula pada tarikh yang lebih awal.

Dorna telah mengeluarkan kalendar jadual MotoGP bagi tahun 2019.

Seperti mana yang telah dikhabarkan sebelum ini, musim 2019 ini tidak akan disertai oleh Mexico dan Finland, seperti yang telah dijangkakan sebelum ini, kerana litar di Mexico City dianggap terlalu merbahaya bagi motosikal berkelajuan 350km/j, manakala litar Kymiring di Finland pula masih dalam pembinaan. Mereka dijangka akan menyertai kalendar MotoGP pada musim 2020.

Jadual tahun hadapan mungkin tampak agak serupa dengan kalendar tahun ini, namun, ia ada beberapa perubahan.

Musim 2019 akan bermula di Qatar pada 10 Mac, lebih awal dari kebiasaannya dan seminggu awal dari perlumbaan F1, dan bukannya seminggu selepas, seperti sedia ada. Ianya diikuti dengan pusingan di Argentina tiga minggu kemudian dan di Amerika Syarikat, dua minggu selepasnya.

Kejohanan ini kemudiannya akan menuju ke Eropah untuk lima pusingan seterusnya, bermula dengan pusingan di Jerez pada 5 Mei. Cuti rehat musim panas akan diambil selepas pusingan di Llitar Sachsenring, Jerman.

GP British akan masih diadakan di Litar Silverstone. Pihak pengurusan litar tersebut perlu menyelesaikan masalah saliran sekiranya mereka mahu berada dalam kalendar MotoGP, selepas pembatalan perlumbaan yang memalukan pada tahun ini. Dorna telah bertegas yang perubahan perlu berlaku.

MotoGP: Lapisan Asfalt Baharu Serta Sistem Saliran Di Litar Silverstone Menjadi Punca Pembatalan GP British 2018

Satu lagi perubahan ketara adalah GP San Marino di Misano yang akan dianjakkan seminggu ke belakang pada 15 September bagi mengelak pertembungan dengan perlumbaan F1 di litar Monza. Ini bermakna jarak antara perlumbaan di San Marino dan pusingan Sepanyol yang berikutnya di Aragon hanyalah seminggu. Ia bakal menjadi satu cabaran logistik memandangkan kedua-dua litar ini dipisahkan dengan jarak sejauh 1,500km.

Lima pusingan terakhir kekal sama, termasuklah pusingan MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang pada 3 November 2019 sebagai pusingan kedua terakhir.

Tarikh Grand Prix Litar
10 Mac Qatar Losail International Circuit
31 Mac Argentina Termas de Río Hondo
14 April Amerika Syarikat Circuit of The Americas
5 Mei Sepanyol Circuito de Jerez
19 Mei Perancis Le Mans
2 Jun Itali Autodromo del Mugello
16 Jun Catalunya Barcelona – Catalunya
30 Jun Belanda TT Circuit Assen
7 Julai Jerman Sachsenring
4 Ogos Republik Czech Automotodrom Brno
11 Ogos Austria Red Bull Ring – Spielberg
25 Ogos Great Britain Silverstone Circuit
15 September San Marino e della Riviera di Rimini Misano World Circuit Marco Simoncelli
22 September Aragón MotorLand Aragón
6 Oktober Thailand Chang International Circuit
20 Oktober Jepun Twin Ring Motegi
27 Oktober Australia Phillip Island
3 November Malaysia Sepang International Circuit
17 November Comunitat Valenciana Comunitat Valenciana – Ricardo Tormo