BMW Malaysia umum harga baharu dengan SST

  • BMW Malaysia telah mengeluarkan senarai harga baharu model-model tawaran di dalam negara.

  • Harga baharu ini telah dikemaskinikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan SST sebanyak 10%.

  • Harga bagi model CKD turun manakala harga naik bagi model import CBU.

BMW Malaysia telah mengumumkan senarai harga baharu bagi model-model yang ditawarkan di Malaysia. Harga baharu ini telah dikemaskinikan dengan tambahan Cukai Jualan dan Perkhidmatan SST sebanyak 10% dan berdasarkan senarai harga yang telah diberi, terdapat beberapa perubahan yang ketara.

Bagi model-model BMW yang dipasangkan di dalam negara iaitu model CKD, harga baharu dengan cukai SST adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan harga yang dilaksanakan sebelum ini dengan cukai GST. Model seperti BMW 118i Sport hingga BMW 530e Sport mengalami penurunan sebanyak RM3,000 hingga RM15,000!

Bagi model-model kenderaan CBU yang diimport terus dari luar negara seperti BMW 420i Coupe Sport hingga BMW M4 Coupe, harga bersama cukai SST kini lebih tinggi dengan kenaikan sebanyak RM7,000 hingga RM12,000.

Berikut adalah senarai harga baharu terperinci dari BMW Malaysia.

Model Harga dengan GST 6% Harga baharu dengan SST 10% Perbezaan harga
118i M Sport CKD 188,800.00 185,800.00 -3,000.00
318i Luxury CKD 205,800.00 202,800.00 -3,000.00
330e M Sport CKD 258,800.00 258,000.00
420i Coupe Sport CBU 344,800.00 351,800.00 +7,000.00
430i Coupe M sport CBU 416,800.00 424,800.00 +8,000.00
M4 Coupe CBU 760,800.00 772,800.00 +12,000.00
530e Sport CKD 343,800.00 328,800.00 -15,000.00
530i M Sport CKD 388,800.00 379,800.00 -9.000.00
M5 CBU 998,800.00 1,010,800.00 +12,000.00
740Le xDrive CKD 598,800.00 594,800.00 -4,000.00
X1 sDrive20i Sport CKD 230,800.00 227,800.00 -3,000.00
X2 sDrive20o M Sport CBU 320,800.00 328,800.00 +8,000.00
X3 xDrive30i Luxury CKD 313,800.00
X5 xDrive40e M Sport CKD 388,800.00 390,800.00 +2,000.00
I8 Coupe CBU 1,408,800.00

BMW Motorrad Malaysia Dedahkan Harga Baharu Dengan SST

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]