Empat buah pengeluar motosikal utama di Jepun, iaitu Honda, Yamaha, Kawasaki, dan Suzuki akan bekerjasama bagi membangunkan teknologi bateri motosikal. Mereka sedang berusaha membangunkan teknologi penukaran bateri bagi mengatasi tempoh pengecasan yang panjang. Yamaha sudah mula bekerjasama dengan Gogoro di Taiwan bagi membangunkan teknologi penukaran bateri ini.
Author: Zarul Faiz
Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) telah mendedahkan harga bagi model Yamaha Y15ZR v2 2019 pada hari ini. Harga runcit yang disarankan adalah RM 8,268 (harga asas tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans). Ada sesetengah wakil pengedar telah mula mengambil tempahan, jadi, segeralah ke wakil pengedar rasmi yang berhampiran!
Johann Zarco telah mengatakan bahawa dia kepenatan akibat bergelut dengan jenteranya sewaktu pusingan MotoGP Argentina. Dia tidak mampu mengemudi jentera KTM RC16 mengikut cara yang diinginkannya. Zarco telah menamatkan perlumbaan di tempat ke-15, manakala Hafizh Syahrin pula di tempat yang ke-16.
Honda CRF1000L Africa Twin mungkin akan tampil dengan enjin berkapasiti 1100cc pada tahun 2020. Penambahan kapasiti ini adalah untuk menyediakan motosikal tersebut bagi mematuhi piawaian Euro 5. Motosikal kembara kelas pertengahan turut menghasilkan jumlah kuasa yang sama seperti model Africa Twin semasa.
Sebuah Honda GL1800 Gold Wing baharu versi lebih ringkas telah diperkenalkan. Ia mendiami segmen motosikal bagger,tetapi tanpa kotak bagasi atas (top case) dan mempunyai penghadang angin yang lebih rendah. Fungsi dan ciri yang lain masih dikekalkan.
Motosikal streetfighter, Zero SR/F telah bersedia untuk perlumbaan Pikes Peak International Hill Climb tahun ini. Motosikal ini telah dilancarkan pada bulan Januari lalu. Motor elektriknya mampu menghasilkan sehingga 110hp dan 189.8Nm tork.
Pasukan Ten Kate akan kembali ke kejohanan perlumbaan motosikal pengeluaran, WorldSBK, bersama Yamaha dan Loris Baz. Pasukan ini akan mendapat sokongan sepenuhnya Yamaha Europe dan akan memiliki kelengkapan yang sama seperti pasukan pengilang. Pasukan tersebut telah digugurkan oleh HRC pada saat-saat terakhir pada tahun lepas.
Shell Malaysia telah memperoleh anugerah “Indeks Bangungan Hijau” yang pertama bagi dua buah stesen petrol mereka. Indeks ini dianugerahkan kepada bangunan yang mematuhi langkah-langkah penjagaan alam sekitar. Stesen hijau Shell adalah yang pertama antara syarikat petroleum di Malaysia dan juga rantau Asia Pasifik.
Ketua pasukan Red Bull KTM Tech 3, Herve Poncharal mengakui yang dia berasa “berang” dengan Hafizh Syahrin. Dia telah berkongsi perasaannya itu sewaktu pusingan MotoGP Argentina. Hafizh Syahrin mensasarkan untuk mendapat keputusan yang lebih baik dari teman sepasukan baharunya, Miguel Oliveira pada tahun ini.