Shell Malaysia Miliki Stesen Petrol Pertama Dengan “Indeks Bangunan Hijau”

  • Shell Malaysia telah memperoleh anugerah “Indeks Bangungan Hijau” yang pertama bagi dua buah stesen petrol mereka.
  • Indeks ini dianugerahkan kepada bangunan yang mematuhi langkah-langkah penjagaan alam sekitar.
  • Stesen hijau Shell adalah yang pertama antara syarikat petroleum di Malaysia dan juga rantau Asia Pasifik.

Seperti kata Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd., Encik Shairan Huzani Husain, “Ianya bukan mudah untuk meyakinkan ramai bahawa syarikat petroleum juga peduli tentang alam sekitar.” Namun, Shell Malaysia telah membuktikannya dengan menjadi syarikat petroleum pertama yang memiliki “stesen petrol hijau”, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga bagi rantau Asia Pasifik (APAC).

Bagi Shell, ianya tanggungjawab mereka untuk menjaga alam sekitar, di samping membekalkan sumber tenaga kepada pengguna. Shell bukan sahaja menjalankan kajian bagi menghasilkan bahanapi fosil dan produk petroleum lain yang lebih baik, tetapi juga untuk sumber tenaga masa hadapan, termasuklah untuk kenderaan elektrik.

Encik Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd.

Dengan itu, Shell telah mengorak langkah bagi menjadikan stesen petrol mereka lebih mesra alam dengan pengiktirafan “Indeks Bangunan Hijau” (GBI). Dua buah stesen telah berjaya mendapat pengiktirafan berkenaan, satu di Damansara Jaya dan satu lagi di Taman Connaught.

Encik Shairan turut menambah bahawa Shell Malaysia juga akan mengurangkan jejak karbon stesen-stesen mereka sehingga 50% menjelang 2025.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Ciri-ciri menarik bangunan dengan pengiktirafan GBI:

  • Panel “Solar Photo Voltaic” dipasang pada kanopi stesen bagi menjana tenaga elektrik di sebelah siang. Tenaga elektrik bersih ini akan digunakan sebagai tenaga tambahan bagi menjana tenaga keperluan stesen seperti untuk pendingin udara, lampu, pam minyak, dan sebagainya.

  • Pengubahsuaian bagi mengurangkan penggunaan tenaga. Antaranya mengecat permukaan bumbung dan dinding dengan warna putih bagi memantulkan kembali radiasi solar untuk mengurangkan suhu dalam stesen pada sebelah siang.
  • Menggunakan Sistem Pengawasan Tenaga (Energy Monitoring System – EMS). Ia membolehkan stesen untuk mengawasi tahap penggunaan tenaga elektrik dan air. Kaki tangan stesen boleh bertindak dengan segera jika terdapat tahap penggunaan yang luar dari kebiasaan.

  • Urinal tanpa air dan paip jimat air menggantikan kelengkapan tandas biasa. Penggunaan air boleh dikurangkan sebanyak 60%. Ia bersamaan dengan penjimatan sebanyak 60,000 liter air setiap tahun, bagi setiap stesen.
  • Lampu LED yang jimat tenaga dan jangka hayat lebih panjang.
  • Papan elektronik yang diletakkan di tempat yang strategik di pintu masuk stesen bagi menunjukkan maklumat terperinci berkaitan dengan tahap penggunaan tenaga dan air stesen, suhu, dan pengurangan intensiti karbon.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply