Harga Yamaha Y15ZR v2 2019 Didedahkan! Dari RM 8,168!

  • Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) telah mendedahkan harga bagi model Yamaha Y15ZR v2 2019 pada hari ini.
  • Harga runcit yang disarankan adalah RM 8,268 (harga asas tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans).
  • Ada sesetengah wakil pengedar telah mula mengambil tempahan, jadi, segeralah ke wakil pengedar rasmi yang berhampiran!

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) telah mendedahkan harga bagi model Yamaha Y15ZR v2 2019 pada hari ini. Pendedahan harga ini adalah susulan pelancaran model berkenaan kira-kira dua minggu yang lalu.

Harga runcit saranan HLYM adalah RM 8,168 (tidak termasuk insurans, cukai jalan, dan pendaftaran). Pelanggan akan menerima kunci cakera brek Yamaha bersama dengan ‘reminder cable’ secara percuma.

Model v2 (atau Version 2) yang dinantikan ramai menggantikan pendahulunya, model Y15ZR. Model v2 masih menggunakan enjin ‘high power’ 150cc yang sama. Namun, ada beberapa kemaskini penting bagi memanjangkan hayat model ini.

Ciri-ciri terbarunya ialah:

1. Reka bentuk lampu hadapan dengan LED baharu yang diperkemaskan.
2. Speedometer digital penuh.
3. Saiz tayar hadapan yang lebih lebar (90/80-17) untuk pengendalian lebih hebat. lebih-lebih lagi di selekoh.
4. Lampu amaran dan lampu untuk memintas.
5. Kemasan grafik baharu.

Motosikal Yamaha Y15ZR baharu ini ditawarkan dalam empat buah kemasan warna baharu yang mengujakan:

1. Striking Cyan.
2. Storm Blue.
3. Blazing Red.
4. Dynamid Gray.

Ada sesetengah wakil pengedar telah mula mengambil tempahan. Namun, silalah periksa bagi memastikan bila motosikal ini akan mula tiba. Model Yamaha baharu selalunya akan habis terjual sebelum ia tiba di kedai!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.