Norton telah bekerjasama dengan Breitling bagi menghasilkan model edisi terhad Norton Breitling Sport. Hanya 77 unit ini yang akan dikilangkan. Kedua-dua syarikat ini memiliki sejarah yang panjang dalam bidang masing-masing.
Author: Zarul Faiz
Motosikal Ducati Diavel 1260 S Materico adalah sebuah motosikal konsep rekaan yang dihasilkan bersempena dengan “Milan Design Week”. Ia lahir dari pertemuan antara pereka, Tom Dixon, dan para pereka dari Ducati, Lamborghini, Pirelli, dan VW. Ianya sebuah model ‘one-off’ istimewa dan diperagakan di restoran milik Tom Dixon.
Jentera Ducati Panigale V4 R akan dikurangkan sebanyak 250 RPM dalam kejohanan WorldSBK 2019. Honda CBR1000RR pula akan mendapat tambahan 500 RPM. Ducati dan Kawasaki juga tidak dibenarkan untuk melakukan penambahbaikan enjin pada jentera mereka.
Automobili Lamborghini telah menjadi penaja utama bagi pasukan Pramac Ducati. Mereka telah menggantikan Alma sebagai penaja utama. Kakitangan dan penunggang pasukan berkenaan akan dapat menggunakan Lamborghini sewaktu pusingan MotoGP di Texas pada hujung minggu ini.
Litar Spa-Francorchamps di Belgium kini sedang dinaiktaraf untuk kejohanan MotoGP dan EWC. Litar ini masih memegang rekod untuk perlumbaan GP motosikal terpantas. Perlumbaan GP motosikal terakhir di litar berkenaan telah dilangsungkan pada tahun 1987.
Sebuah paten yang menunjukkan sebuah motosikal Honda tiga roda telah tersebar di atas talian. Meskipun ia tertulis sebagai “dua atau enam silinder”, kami amat yakin yang ia akan menggunakan enjin ‘flat-Six’ model Gold Wing. Adakah ini pertaruhan Honda bagi mencabar model Yamaha Niken?
Seorang pencuri motosikal menyangkakan dia telah mendapat satu sasaran yang mudah. Namun, sebaliknya yang berlaku di mana dia telah dikejar sehingga pengsan. Polis Jakarta telah menahannya sewaktu dia masih tidak sedarkan diri.
Khabar angin yang mengatakan Dainese bakal dijual telah bertiup kembali. Pakar kelengkapan penunggangan premier dari Itali itu kini adalah milik Investcorp. Syarikat pelaburan itu dikatakan mahu wang tunai bagi 80% saham mereka dalam jenama berkenaan.
HJC Helmets baharu sahaja memperkenalkan helmet HJC RPHA 70 ST Wolverine. Kemasan grafiknya menampilkan watak Marvel Comics popular berkenaan dengan cakaran tanda pengenalannya. Helmet RPHA 70 ST ini merapatkan jurang antara helmet sport touring dan helmet perlumbaan.