Ducati Diavel 1260 S Materico Diperkenalkan

  • Motosikal Ducati Diavel 1260 S Materico adalah sebuah motosikal konsep rekaan yang dihasilkan bersempena dengan “Milan Design Week”.
  • Ia lahir dari pertemuan antara pereka, Tom Dixon, dan para pereka dari Ducati, Lamborghini, Pirelli, dan VW.
  • Ianya sebuah model ‘one-off’ istimewa dan diperagakan di restoran milik Tom Dixon.

Motosikal Ducati Diavel 1260 S Materico adalah sebuah motosikal konsep rekaan yang dihasilkan bersempena dengan “Milan Design Week”.

Daripada menumpukan kepada pengemaskinian prestasi, model Materico ini menonjolkan tekstur dan material. Dan oleh kerana itu, panel sisinya telah diperbuat daripada gentian karbon dan dihiasi dengan kemasan berwarna kuning; pelitup pelananya dari suede dengan kemasan berwarna kuning; ekzos hitam dan roda dengan 10 jejari yang baharu.

Motosikal ini adalah satu ciptaan ‘on-off’. Ianya diperagakan di The Manzoni di Milan. The Manzoni adalah sebuah restoran dan bilik pameran rekaan pereka British, Tom Dixon. Motosikal ini lahir dari pertemuan antara Tom Dixon bersama para pereka yang lain, termasuklah Andrea Ferraresi dari Ducati, Mitja Borkert dari Lamborghini, Pengarah R&D Pirelli Piero Misani, dan bekas ketua jabatan reka bentuk VW, Walter de Silva.

Kata Ferraresi, “Kami ingin memberi penghormatan kepada “Milan Design Week” yang amat artistik dan kreatif dengan menjadikan reka bentuk motosikal Diavel 1260 ini lebih berani dan original dari sebelumnya. Motosikal Diavel 1260 Materico menonjolkan dengan jelas sekali bahan yang digunakan dan ketelitian yang diberikan kepadanya, bersama dengan komponen berteknologi tinggi, menjadikan motosikal ini satu gabungan bentuk dan fungsi yang efektif.”

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.