Honda Lancar Model CBR650R dan CB650R – Harga Dari RM43,499

 

Honda Big Wing telah melancarkan dua model baharu di Malaysia Autoshow 2019 yang berlangsung di MAEPS, Serdang, semalam.

Kelibat kedua-dua model tersebut – Honda CBR 650R dan CB 650R – yang sebelum ini dipamerkan kepada orang ramai buat julung kalinya di EICMA 2018 kini sudah berada di Malaysia!

Orang ramai yang berminat untuk melihat kedua-dua model ini dengan lebih dekat boleh bertandang ke Malaysia Autoshow 2019 yang berlangsung dari 11 hingga 14 April ini.

Ramai yang ternanti-nanti akan ketibaan kedua-dua model ini ekoran harga yang ditawarkan cukup kompetitif dengan CBR 650R dijual pada harga RM45,499 sementara CB 650R dijual pada harga RM43,499.

Bagi peminat sportbike, sudah tentu model CBR 650R menjadi pilihan apatah lagi Honda bertindak bijak dengan mengekalkan beberapa ciri dan reka bentuk yang dimiliki abangnya, CB 1000RR. Bukan itu sahaja, bagi memastikan elemen sportbike, model CBR 650R adalah 6 kg lebih ringan berbanding model CBR 650F dan menawarkan posisi tunggangan yang lebih sporty.

Antara ciri-ciri lain terdapat di CBR 650R:

  • fork SHOWA dengan Separate Fork Function (SFF) boleh laras
  • Upside-down fork
  • Brek kaliper empat omboh
  • Honda Selectable Torque Control (HSTC)
  • Assist/Slipper Clutch
  • Lampu LED
  • Paparan LCD

Honda CBR 650R didatangkan dalam dua pilihan warna; Grand Prix Red dan Gunpowder Black Metallic

Bagaimanapun, jika anda bukan peminat sportbike, usah gusar kerana Honda turut memperkenalkan model CB 650R Neo Sports Cafe!

Model tersebut merupakan unit ‘mid range’ selepas Honda memperkenalkan model nake CB 1000R dan CB 250R tahun lalu.

Rekaan minimalis tersebut merupakan gabungan di antara elemen motosikal cafe racer dan ‘trapezoid’ sekaligus akan menarik perhatian orang ramai!

Antara ciri-ciri yang terdapat di CB 650R:

  • fork SHOWA dengan Separate Fork Function (SFF) boleh laras
  • Upside-down fork
  • Brek kaliper empat omboh
  • Honda Selectable Torque Control (HSTC)
  • Assist/Slipper Clutch

Honda CB 650R didatangkan dalam dua pilihan warna; Candy Chromosphere dan Graphite Black

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply