HJC RPHA 70 ST Wolverine Diperkenalkan

  • HJC Helmets baharu sahaja memperkenalkan helmet HJC RPHA 70 ST Wolverine.
  • Kemasan grafiknya menampilkan watak Marvel Comics popular berkenaan dengan cakaran tanda pengenalannya.
  • Helmet RPHA 70 ST ini merapatkan jurang antara helmet sport touring dan helmet perlumbaan.

Pengeluar helmet terkemuka dari Korea Selatan, HJC, telah memperkenalkan model helmet HJC RPHA 70 ST Wolverine.

Helmet HJC RPHA 70 ST ini dihasilkan bagi merapatkan jurang antara helmet perlumbaan dan helmet sport touring. Dan oleh itu, ianya salah sebuah dari sejumlah kecil helmet sport touring yang mendapat pengiktirafan FIM. Pensijilan ini bermakna anda boleh menggunakan helmet ini dalam perlumbaan yang diiktiraf oleh FIM.

Sebagai sebuah helmet sport touring, helmet ini memiliki segala ciri yang dikaitkan dengan perjalanan jarak jauh termasuklah cermin pelindung matahari ‘drop-down’, lohong udara yang besar, dan sisipan cermin pelindung anti-kabus.

Helmet RPHA 70 ST ini adalah helmet sport touring dan perlumbaan rasmi BikesRepublic.com dan MotoMalaya.

Kini, HJC telah membawakan anda satu lagi ciptaan dari kerjasama mereka bersama Marvel Comics. Untuk kali ini, mereka bawakan rekaan Wolverine.

Kemasan grafiknya menampilkan renungan mata yang tajam di atas bukaan helmet dan cakaran tanda pengenalan dari cakar watak berkenaan.

Antara ciri menarik helmet RPHA 70 ST ini adalah:

  • Binaan “Advanced P.I.M. Plus (Premium Integrated Matrix Plus): karbon fiber dan fabrik hibrid gentian kaca bagi rintangan gegaran yang dipertingkatkan.
  • Lohong masukan dan ekzos atas untuk aliran udara maksimum.
  • Suis lohong belakang untuk kawalan mudah aliran udara.
  • Cermin pelindung matahari bertinta asap anti kabus yang boleh diturunkan dengan pantas.
  • Sistem penggantian cermin pelindung RapidFire: pemasangan dan penanggalan cermin pelindung boleh dilakukan tanpa menggunakan peralatan dan pantas.
  • Penanggalan pad pipi kecemasan.
  • Bahagian dalaman Multicool dengan fabrik anti-bakteria canggih yang memberikan penyerapan kelembapan yang dipertingkatkan dan pengeringan cepat.
  • Pad atas kepala dan pipi boleh ditanggal dan dibasuh.
  • Cermin pelindung anti kabus HJ-26.
  • Didatangkan dengan sisipan cermin pelindung anti kabus.
  • Rekaan EPS yang boleh digunakan dengan cermin mata.
  • Memenuhi piawaian ECE 22.05.
  • Produk rasmi Marvel.

HJC Helmet Malaysia telah memaklumkan kami bahawa helmet ini bakal tiba di tanah air kita nanti. Untuk dapatkan maklumat lanjut, sila layari laman Facebook mereka.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]