Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah MV Agusta Brutale 800 yang baru kini telah lebih diperhalusi. Kualitinya juga telah dipertingkatkan, begitu juga dengan kebolehtunggangannya. Motosikal Brutale 800 terbaru ini kini lebih mudah untuk diselenggara dan dinikmati.
Author: Zarul Faiz
Artikel Oleh: Wahid Ooi Abdullah Kami telah diberikan peluang bagi menunggang motosikal replika RC213V-S MotoGP. Ianya adalah sebahagian daripada ‘Year End Gathering’ Boon Siew Honda bersama dengan warga media. Motosikal RC213V-S ini lain daripada motosikal yang lain yang ada di dunia ini.
Kajian telah mengesahkan yang pembonceng lebih cenderung untuk cedera apabila berlakunya kemalangan berbanding dengan penunggang. Ianya menjadi satu kewajipan bagi penunggang untuk memastikan yang pembonceng lengkap dengan pakaian keselamatan. Helmet yang bagus adalah satu kelengkapan yang wajib ada.
Juara Dunia WorldSBK sebanyak tiga kali, Troy Bayliss akan kembali ke dunia perlumbaan motosikal superbike sepenuh masa bermula tahun hadapan. Legenda perlumbaan berusia 49 tahun dari Australia ini akan bermula di siri perlumbaan tempatan, Australian Superbike Championship 2018. Bersama dengan pasukan Desmosport Ducati, Bayliss akan mengemudi jentera Ducati 1299 Panigale R 2017.
Pada 19 November 2017, 58 orang anggota pasukan Kor Pertunjukan Tentera India telah memecahkan rekod dunia bagi jumlah orang paling ramai di atas sebuah motosikal. Rekod ini telah dicapai di Pangkalan Udara Bangalore Yelahanka di mana mereka telah menggunakan sebuah motosikal Royal Enfield 500cc yang telah diubah suai. Dikenali sebagai “The Tornadoes”, pasukan ini…
Motosikal KTM 1290 Adventure S telah mendapat sambutan yang hebat sejak pelancarannya. Sebagai sebuah promosi akhir tahun yang istimewa, KTM Malaysia menawarkan ‘Travel Pack’ sebagai pakej percuma. Promosi ini boleh didapati di pengedar KTM Malaysia yang disahkan.
Pengeluar motosikal elektrik yang bertapak di Itali, Energica, telah dipilih sebagai pembekal enjin tunggal bagi Moto-e World Cup 2019. Selepas beberapa perbincangan, motosikal Energica Ego telah terpilih sebagai motosikal perlumbaan asas yang menghasilkan sekitar 140hp dan 195Nm tork maksima. Siri perlumbaan yang baru itu dikatakan untuk menginovasikan lagi dunia perlumbaan motosikal dengan motosikal superbike…
Barisan penunggang Honda Racing 2018 telah diumumkan dan ianya terdiri daripada Ian Hutchinson dan Lee Johnston. Pemenang Isle of Man TT sebanyak 16 kali, Hutchinson, dan bekas juara ‘National Superstock 600’, Johnston, akan meneruskan usaha perlumbaan jalan raya Honda bagi tahun 2018. Kedua-dua penunggang ini berhadapan satu tugas yang besar dalam ‘menjinakkan’ jentera Honda CBR1000RR…
Boon Siew Honda menyambut 60 tahun yang gemilang dengan pencapaian pengeluaran lima juta unit motosikal di kilang pengeluaran mereka di Pulau Pinang. Apa yang bermula dengan hanya 50 buah motosikal Honda cub pada tahun 1957 telah berkembang dengan pesatnya dengan pengeluaran unit yang ke-sejuta mereka pada tahun 1986. Jumlah ini terus berkembang atas jasa…