Ian Hutchinson Dan Lee Johnston Melengkapi Barisan Honda Racing 2018

  • Barisan penunggang Honda Racing 2018 telah diumumkan dan ianya terdiri daripada Ian Hutchinson dan Lee Johnston.
  • Pemenang Isle of Man TT sebanyak 16 kali, Hutchinson, dan bekas juara ‘National Superstock 600’, Johnston, akan meneruskan usaha perlumbaan jalan raya Honda bagi tahun 2018.
  • Kedua-dua penunggang ini berhadapan satu tugas yang besar dalam ‘menjinakkan’ jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2 untuk perlumbaan North West 200, Isle of Man TT, dan Ulster GP pada tahun hadapan.

Dunia perlumbaan jalan raya telah dikejutkan dengan satu pengumuman pada awal hari ini di mana Honda Racing telah mengesahkan yang pemenang Isle of Man TT sebanyak 16 kali, Ian Hutchinson, serta bekas juara ‘National Supersport 600’ Lee Johnston, akan menyertai pasukan perlumbaan jalan raya mereka untuk tahun 2018.

Kedua-dua penunggang yang hebat ini akan berdepan dengan satu tugas yang hebat untuk mengendalikan dan membangunkan jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2 yang hebat, namun menghadapi masalah mengecapi kejayaan kerana beberapa buah isu yang dapat dilihat dalam siri perlumbaan WorldSBK. Ianya tidak syak lagi yang Hutchinson, juga dikenali sebagai “The Bingley Bullet”, mampu melaksanakan tugas ini memandangkan kejayaan yang tanpa tolok¬†tandingannya dalam perlumbaan jalan raya.

Hutchinson adalah satu-satunya penunggang yang telah berjaya memenangi ke semua perlumbaan dalam satu musim semasa Isle of Man TT 2012. Terdapat lima buah kategori pada ketika itu di mana dua daripadanya adalah perlumbaan kelas pertengahan, dua perlumbaan superstock, dan yang menjadi tumpuan ramai, TT senior.

Guy Martin di atas jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2 sewaktu isle of Man TT tahun lalu (Sumber imej: Grimsby Telegraph)

Lee Johnston juga mempunyai kerjaya yang cukup membanggakan, memandangkan kejayaannya di North West 200 serta beberapa penamat di atas podium di perlumbaan Isle of Man TT sejak permulaan usahanya pada tahun 2012. Menurut penunggang berusia 28 tahun dari Britain itu, “Saya sesungguhnya berasa teruja untuk bersama dengan Honda Racing untuk tahun hadapan, mungkin sekali yang paling teruja pernah saya rasakan bertahun lamanya, sejujurnya! saya menghadapi dua tahun yang teruk dan ianya menggembirakan apabila semuanya teratur dan berada di tempat sepatutnya awal-awal lagi jadi saya tiada apa yang perlu dirisaukan selain menunggang motosikal.”

Sumber imej: www.ndtvimg.com

Apabila Hutchinson diminta untuk memberikan komen, dia mengatakan “Saya benar-benar menantikan saat untuk mula bekerja bersama Honda Racing; ianya satu cabaran yang baru dan permulaan yang baru bagi saya. Saya mempunyai sejarah dengan Honda, di mana sepuluh tahun yang lalu saya menunggang dengan pasukan rasmi dan pada tahun 2009/2010 saya menunggang dengan Padgetts Honda, di mana memperolehi lima kemenangan TT dalam satu minggu, jadi saya agak arif mengenai motosikal Fireblade. Saya belum pernah mengemudi jentera Fireblade SP2 lagi dan akan perlu menunggu sehingga waktu kami adakan ujian pada awal tahun hadapan, saya tidak sabar untuk bermula.”

Penunggang-penunggang ini akan mengemudi jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2 dalam tiga perlumbaan jalan raya yang berlainan pada tahun hadapan, iaitu North West 200 (13 – 19 Mei 2018), Isle of Man TT (26 Mei – 8 Jun 2018), dan Ulster GP (5 – 11 Ogos 2018).

Sumber imej: Grimsby Telegraph

Sumber: Honda Racing

 

Leave a Reply